Wednesday, July 21, 2010 | By: sapphire
12: 47 AM

Taman Orkid..

Seharusnya waktu ini, aku sudah lena dibuai mimpi barangkali..kelopak mataku mulai terasa berat..akhirnya aku temui juga lagu 'NELL-Time of Walking Memories(Gieogeul geonneun shigan)'..melodi lagu nie btul2 menarik perhatian aku..

Ya Tuhan..bisakah aku mempersoalkan takdir? aku hanya hamba biasa..yang punyai banyak kelemahan..hati aku tidak kuat untuk menerima semua ujian dari-MU Ya Allah..aku takut, aku bakal tersungkur dek bisikan iblis yang sering menghasut di saat aku kebuntuan..Nauzubillahi min zaliq..

Kita, manusia..hanya mampu merancang..tpi yang menentukannya adalah Allah..sehebat mana sekalipun masa depan yang ingin kita gapai..dan setinggi mana sekalipun angan untuk mengecapi kebahagian tersemat di hati..namun yang Maha Berkuasa hanyalah Allah..sesekali di dalam sujudku..hati aku berdetik.."Ya Allah..kenapa aku dan keluargaku di uji sedemikian rupa??" 5 tahun lalu, kami pernah mengalami satu kehilangan..betapa perit kami menghadapinya sehingga kini..dan sekarang, kami bakal diuji lagi??"
petang tdi, adik pompuan aku mengkhabarkan satu berita yang menyentap ketenanganku..menurutnya, next week dia akan memperolehi keputusan ujian darahnya.. dan yang membuat aku tersentak..bila dia menyatakan dia perlu menjalani Imbasan Otak..MRI & yang sewaktu dengannya..Ya Allah..kuatkanlah hati kedua orang tuaku..sekiranya kami perlu menghadapi satu keputusan yang tidak diduga..aku cuba untuk tidak memikirkan yang negatif..tpi kenapa perlu Imbasan Otak??? 2 kalimah ini asyik bermain di fikiran ku sehingga kini..

Minggu lepas...keretaku dilanggar orang..mujur juga takde kerosakan yang teruk..sekadar calar saja..beberapa hari sebelumnya..aku seringkali merasa penat dan adakalanya sesak nafas..seolah ada beban yang menghimpit dadaku..semalam, seawal pukul 6.35am..aku terkunci diluar rumah..hampir 3 jam aku menunggu..mujur teman serumahku cepat sampai membawa kunci rumah..aku masi punya masa untuk bersiap..kerana aku perlu menjemput sorang murid dari sekolahnya untuk menduduki peperiksaan bertulis pertandingan Lalu Lintas yang dianjur oleh Shell..haha..aku hampir tersesat semasa menjemputnya..mujur daerah nie tak sebesar mana..aku masi sempat berpatah balik dan akhirnya menjumpai destinasi yg sepatutnya. Dugaan yang aku hadapi blum berakhir disitu..pada sebelah petangnya..sewaktu aku tiba di sekolah..aku dapati tayar kereta aku pancit...Ya Allah..macam mana aku tak perasan kelainan keretaku..mujur workshop tidak jauh dari situ..di saat aku hampir kebuntuan..Allah menunjukkan jalan penyelesaian padaku..Alhamdulillah..

Apa yang harus aku lakukan sekarang ini?? aku binggung..persoalan Bagaimana....? sudah menjadi soalan wajib diminda ku kebelakangan ini..satu persatu masalah datang..wahai hati, tabahlah engkau..aku rasa terlalu kerdil..sebab aku tidak mampu membahagiakan keluargaku..aku rasa bersalah tiapkali ibu meluahkan kerisauannya tentang pengajian kedua adikku yang masih di IPT..aku tidak mampu melakukan apa2 untuk meringankan beban mereka..dan seandainya telahanku benar tentang keputusan medical check-up adik perempuanku..apa yang harus aku lakukan?? kuatkah aku untuk menempuhinya??

Pagi tadi aku mendapat satu berita yang mengembirakan..teman yang selama ini tersasar dari jalan yang benar kini telah kembali ke pangkal jalan..malah telah pun menutup auratnya sebagaimana selayaknya bagi seorang wanita islam..berkali2 aku mengucapkan syukur..doaku dimakbulkan..Alhamdulillah..mudah-mudahan dia akan terus berusaha untuk berubah..

hujung minggu nie..aku akan pulang ke kampung..ikutkan hati, ingin saja aku pulang setiap minggu..tpi apakan daya..semenjak aku tinggal menyewa..aku perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat sesuatu keputusan..apatah lagi jika melibatkan kewangan..aku tidak boleh lagi mementingkan diri sendiri seperti dulu..ada amanah yang perlu aku galas dan tunaikan..kerana kini aku adalah anak sulung perempuan ayah & ibu..

hurmm..next week, on July 29..ada event sambutan hari guru akan diadakan di Wisma Muis..dan kami perlu menghadirinya...sekolah diberi cuti selama 3 hari pda minggu itu..nampaknya aku semakin kesuntukkan masa untuk menjalankan RPH aku untuk murid2 tahun 6..

0 comments:

Post a Comment

Wednesday, July 21, 2010

Posted by sapphire at 10:39 AM

0 comments on " "

Post a Comment