Jadual aku sekarang nie masuk ke kelas tahun 6..ari nie subjek sirah, salah satu subjek kegemaran aku..selain tajweed..
semalam aku dah plan apa aku nak ajar hari nie..tpi nampaknya plan tu tak dapat dijalankan sekarang nie sebab murid2 tak ramai yang datang. kebanyakkan mereka terlibat ngan aktiviti ko-kum dan sukan kat sekolah melayu. aku bagi dorang masa untuk membaca tajuk baru yang bakal aku ajar petang nie sementara menunggu murid2 yang lain sampai. tak kisah la dorang lambat masuk kelas, sebab setahu aku kekadang kereta sewa dorang lambat jemput..dah memang jadi adat kat sini..kul 3pm pun masi ada lagi yang baru sampai ke sekolah..
Sejak semalam lagi aku dah fikir pasal hal laptop tu..takde cara lain selain daripada loan br..tpi kali nie aku minta pertolongan Mel untuk bagi cadangan..adik aku kata ACER tak boleh pakai sekarang nie..banyak problem..so aku fikir aku akan ikut jak apa yang dikatakan terbaik..
pagi tadi, lepas discuss ngan Mel..akhirnya aku buat keputusan untuk amik Toshiba..tgk kat website orait gak..specs cam memuaskan ati..hehehe
3.28pm
aku sambung semula menulis blog kat bilik guru..sekarang nie masa free aku..ingatkan nak siapkan saki baki jadual induk tu petang nie, tpi lupa plak bilik GB berkunci..dia takde ari nie..printer kna letak dalam bilik dia selama nie..takpe la..
sebelum masuk kelas tadi, aku dah bagitau ngan kak yati aku nak mohon EL esok..aku nak uruskan loan..nie citer btul!!! takde unsur2 tipu punya..hehehe..aku dah bincang ngan kak damia..malam nanti aku akan kol GB..bagitau dia pasal masalah aku nie..hopefully dia akan beri aku kebenaran..
bila loan dah approve..nampaknya aku kena btul2 buat budget perbelanjaan aku bermula ngan bulan Mac nie sehingg Mac tahun depan kalau nak survive..dah takde cara lain lagi..sebagai anak sulung sekarang nie..aku kna buat somting untuk tlg adik2 aku..tak boleh nak berharap sangat lagi ngan parents..dorang pun dah bersara..
3.35pm
dah hampir 48 jam aku memikirkan tindakan yang bakal aku lakukan bsuk..btul ker apa yang aku buat nie?? aku pasti ramai yang tak puas hati ngan tindakan aku..dan mungkin ada yang akan mengumpat kat belakang..tpi dorang tak faham masalah aku sekarang nie..dan aku pun takde sebarang nie atau keinginan pun untuk membuatkan dorang faham..tipu la kalau aku cakap aku langsung tak kisah tentang pendapat dorang..tpi kalau aku kisahkan pandangan orang lain pun tak bule menyelesaikan masalah aku nie..
0 comments:
Post a Comment