Thursday, December 3, 2009 | By: sapphire

Another new story..

Alhamdulillah...sedar tak sedar kursus dalam cuti sda sampai kepenghujungnya. Hari ini adalah hari terakhir..tpi subjek penutup untuk semester nie adalah PJK..pendidikan jasmani dan kesihatan. tak tau apa plak aktiviti kali nie..kami ada 5 jam kredit untuk hari ini. memang penat giler..badan pun dah sengal!! sejak hari isnin yang lalu kami kena turun padang..muka pun dah jadi 'two face'..hahaha..sabor jelah!!
hurmm..tak sangka masa begitu cepat berlalu..kepayahan yang kami lalui selama hampir 3 minggu tanpa henti (sabtu & ahad pun ada kelas) siang malam..akhirnya selesai juga..cuma assignment jer bertimbun..mujur kena hantar pada Februari dan mei tahun depan..kalu tak memang mampuih laaa..tak cukup energy!!
Alhamdulillah..rezeki semakin bertambah kebelakangan nie..rasa bertuah plak. walaupun kekadang stress tahap gaban..tpi kerja nie banyak memberi pengajaran dan pengalaman pada aku. aku berpeluang bertemu dengan orang ramai. aku dapat rasa lingkungan sosial aku kini lebih luas berbanding dlu. teman2 aku kini bertambah..cerita hidup aku juga sedikit demi sedikit mula berubah. walaupun bukan 100% tapi 30% telahpun berlaku.
setiapkali aku menghadiri kursus yang dianjurkan oleh jabatan..aku berpeluang mendapat pengetahuan yang baru dan itu membuka mata..rupanya masih terlalu banyak lagi hal2 yang perlu aku pelajari. dan semakin aku belajar semakin aku merasakan kekurangan diri aku..
tak sangka semasa menghadiri kursus diploma pendidikan nie, aku akan bersatu semula ngan kawan-kawan lama..hahah memang best, suasana memang meriah. apatah lagi semuanya berfikiran terbuka dan perangai sedikit gila2...hahaha..tekanan kurang dirasai sebab masing2 saling menyokong..
hari nie hari terakhir..sedih plak!! huhu..kami akan bertemu lagi pada sesi mei 2010 nanti. masa tu kami akan mengadakan lawatan ke universiti brunei. rancangan tu masi lagi berada di peringkat persediaan..tpi telah diputuskan dalam mesyuarat. insyaallah kalu panjang umur dan dimurahkan rezeki, dapatlah menjejakkan kaki ke negara luar..hahah xcited plak..mana taknya, nielah pertamakali ke luar negara..hahaha :p
nwei..dah pukul 11.10pm, kelas sepatutnya dah start tpi tai tau pa jadi, cikgu noni masi tak muncul2 lagi..orait juga, sbb sekarang nie panas terik, teruk la kalu kena turun padang..huhu..lapar plak rasanya..tpi kang aku pegi makan ada plak cikgu tu datang..hurmm..
okay la..ada masa lagi nanti aku menulis lagi..daaaaa
Friday, November 13, 2009 | By: sapphire

another chance...

14 november 2009...

tinggal 6 hari saja lagi aku berada disini..lepas tu aku akan bebas dari bebanan n tekanan tinggal di rumah ini buat sementara waktu..aku akan kembali lagi ke sini tpi bukan dalam masa terdekat ini..
semakin lama semakin aku merasakan bahang ketidakselesaan berada di rumah ini, tpi apakan daya..aku tidak mampu untuk melangkah keluar dan hidup sendiri.. bukan aku tidak mampu untuk berdikari..bukan juga tidak mempunyai keupayaan untuk tinggal bersendirian, tapi kerana keselamatanku!! kerana pengalaman beberapa orang saudara yang pernah tinggal di daerah ini menyebabkan kedua orang tua ku tidak pernah sekalipun memberi kebenaran untuk aku berfikir untuk tinggal bersendiri..
kekadang aku terfikir..adakah aku sebenarnya bertuah kerana dihantar bertugas ke daerah ini ataupun ianya sesuatu yang boleh disifatkan 'unlucky'??

bila aku menonton citer starlit lakonan terry kwan & jerry yan..sedikit sebanyak buat aku terfikir tentang hidup aku sepanjang 4 tahun ini..aku rasa kelakar pun ada..segan pun ada..i never tot bcz of i want to suppress what i'm holding back in my heart 4 the past 3 years so he could understand it..i done somting yang amat mengejutkan kedua pihak!!..gosh!! bila aku fikir balik..i think i'm the biggest idiot in the world..dan yang paling bodoh when i meet him.. i can pretend like nothing happen back then..!!! cam dlm dialog kdrama BOF..angin sepoi yang telah berlalu tak mungkin sama dengan angin sepoi yang kita rasakan seterusnya..gadis itu kumpulkan kekuatan cintanya yg terpendam selama 10 tahun itu untuk membuat 1 pengakuan ikhlas..tpi malangnya lelaki itu tidak pernah muncul pada masa yang telah dijanjikan..dan apa yang berlalu tidak mungkin akan dapat diambil kembali,..sebab masa tetap akan terus berlalu...
dah segalanya berakhir disitu. tiada jawapan yang pernah aku perolehi..hanya kebisuan!!

sejak majlis malam tu, kami tidak pernah lagi bertemu mahupun bertanya khabar..tpi his coldness masi dapat dirasai..buktinya dia tidak pernah sekalipun mencari aku mahupun bertanya khabar..nampak benar dia tidak pernah menghargai persahabatan kami..hurrmm..aku sda menjangkakan semua ini akan berlaku jua akhirnya..tpi kenapa aku masi rasa perit?? mahu saja aku mengorek hati aku keluar dari tubuhku..ataupun menukar hati ini dengan orang lain..supaya aku tidak lagi pernah bertanya tentang perkhabaran dirinya...

masa makin cepat berlaku..tinggal 2 bulan saja lagi tahun 2009 bakal berakhir..dalam masa yang sama turut menandakan hari lahirku yang ke-26 tahun bakal menghampiri..sda hampir 7 bulan aku memikul tanggungjawab baru nie..dan aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru disekeliling ku..melainkan tekanan di rumah tpt tinggalku tidak pernah beransur pulih..kalau bukan kerana janjiku pada seseorang, aku tak mungkin ingin terus bertahan di rumah ini dan juga daerah yang menyesakkan dada ini..i HATE this kind feeling..

i tot all this time..aku sorang yang bertuah sebab mempunyai ramai teman2 yang baik disekeliling ku..tpi sejak aku ke daerah nie aku semakin sedar..tidak semua mereka seperti yg aku fikirkan selama ini..mereka makin menghindar..dan hanya muncul bila mereka memerlukan..hurrmm..what a life!!!
Wednesday, October 28, 2009 | By: sapphire

there is no other way...

aku tersungkur lagi..memang agak sukar untuk melepaskan diri dari bayangan perasaan yang cuba dibuang secara paksaan..semakin aku cuba lari semakin kuat bayangan itu mencengkam jiwa aku..apa lagi yang perlu aku lakukan? putuskan segala hubungan termasuk persahabatan?? tapi aku tidak boleh sekejam itu..aku tidak sanggup melakukannya..aku mungkin boleh melupakan cinta tapi aku tidak boleh melupakan sahabat..walaupun dia tidak pernah faham situasi aku..apatah lagi ingin memahami aku..aku tetap tidak dapat membuang dia dari dalam hidupku..
sekali aku bersahabat ianya adalah untuk selamanya..aku tidak mampu memutuskannya..aku tiada kekuatan itu..
katanya cinta dia teguh buat seseorang itu..tpi kenapa dia masi ingin mengantung aku?? tapi kenapa aku tidak mampu membencinya? setiapkali aku bertemu dengannya, timbul perasaan asing dalam hatiku..kasihan? kecewa? gembira?sedih?..ntah aku sendiri tidak mampu menafsirkan yang sebenarnya..tapi apa yang pasti tiada sekelumit rasa benci dan dendam buat dirinya yang sering menyakiti hati aku sejak aku mengenali dirinya hampir 4 tahun yang lalu...
aku kini dalam fasa membina kehidupan aku yang baru..kalau boleh aku tidak mahu ada kesan kewujudan dia dalam dunia baru itu..tpi semakin aku menafikannya semakin aku jauh terjerumus..hati aku makin perit..makin terluka..mungkin aku boleh menipu orang lain..tpi bila dia ada di sisiku..saat itu aku tidak mampu untuk menipu diriku sendiri..aku masih ingin menyayanginya..sekalipun kawan2 yang lain suda sering mengugut dan memberi amaran padaku..bahawa jika terus menyintai dirinya..aku hanya akan menderita..
apa yang mampu aku lakukan? semuanya di luar kawalan ku sendiri..dan bukan ku pinta untuk jatuh cinta padanya...

Monday, September 28, 2009 | By: sapphire

another story..

sda lama aku tak menulis apa-apa kat blog nie..dah seminggu bulan ramadhan berakhir..sekarang nie umat islam masi lagi meraihkan hariraya..
semalam aku kembali ke kudat..cuti yang diberikan sda pun habis..hari nie aku kembali bekerja..walaupun jauh di sudut hati..aku masi teringin untuk meneruskan percutianku..tpi sampai bila???
selama 2 minggu aku bercuti di kampung, memang jarang sekali aku menggunakan internet..memandangkan kat kampung takde line 3G..yang ada cuma EDGE & GPRS..setakat nak chat okay la..tpi kalau nak check email..memang lembap sket..hurmm..
semenjak aku bertukar profession selama itulah aku tidak pernah mengunjungi kedai buku lagi..sehingga la suatu hari hati aku benar2 ingin mencari novel lagi..bukan sebab aku boring..tapi aku rindu membaca novel sebenarnya..akhirnya aku membeli 6 buah novel dari pelbagai genre..berbeza syarikat penerbitan dan berlainan penulis..haha mak aku ngan kengkawan aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat timbunan novel yg aku bawa keluar dari kedai buku..
aku puas hati tiapkali habis membaca novel yg aku beli..apatah lagi bila jalan ceritanya benar2 menyentuh hati..bak kata mak aku..tak makan pun takpe..sebab dah kenyang baca novel..hahaha

wat to do?? i cant help myself not to buy..but the temptation is too strong..heheehe
dats means my books collection makin banyak..dah 2 rak buku penuh..*wink*

nwei..dah lama jugak aku tidak berhubung dengan dia..sejak berbuka posa pada 4 ramadhan lalu...aku tak nak ada yg buat kecoh gara2 perkara kecil sahaja..salahkah kami menjadi teman rapat?? salahkah kalau sorang sahabat bertanya khabar teman baiknya??atau akukah yang terlalu mementingkan diri sendiri?? atau patutkah dia memutuskan persahabatan kami hanya kerana ingin menjaga hati sorang insan lain..memang terlalu menyedihkan andai perkara itu benar2 berlaku..aku sda bersedia berundur..dan telah lama mengundurkan diri sejak aku ke sini lagi..aku sda berusaha untuk menghindar..tpi dia sahabat ku..kami pasti akan bertemu walaupun tanpa dirancang sekalipun..kerna temannya adalah teman aku juga..

memang tidak dinafikan diriku kini jauh berbeza dari diriku yang dulu..kini aku lebih yakin dengan langkahku..aku kini lebih berani menghadapi hidup aku..dugaan yang aku alami sebelum ini banyak membantu aku agar lebih kuat..terima kasih Ya Tuhan.. aku kini lebih tenang..

Tapi........ternyata perasaan itu tidak pernah padam..biarpun aku benamkannya jauh ke dasar hatiku..aku fikir aku sda kuat untuk menghadapi dirinya..ternyata sangkaan ku tersasar jauh..
saat aku mendapat panggilan dari sorang teman mengatakan dia turut hadir sma di majlis itu..tidak semena2..hati aku mula berdebar...masyaallah..apa yang perlu aku lakukan bila bertemu dengannya nanti? sepanjang perjalanan aku memikirkan jalan terbaik untukku..
dan saat kami saling berjabat tgn..hati aku berdetik..serahkan segalanya di tangan Allah..kerana Dia yang lebih mengetahui apa yg terbaik..
Debaran yg aku alami semakin reda..tapi rasa janggal berdepan dengannya amat terasa..aku lebih banyak berbual dengan teman2 yg lain..ya, memang aku sedang mengelak dari bertembung dengannya..jujurnya..aku tidak tahu camna untuk memulakan perbualan dengannya..aku takut aku akan memperkatakan sesuatu yang hanya akan mengeruhkan situasi antara kami...
sejak prtemuan itu..kami langsung tidak berhubungan..mungkin ini yang terbaik..atau aku mungkin tersilap percaturan lagi???
tiapkali dalam sujudku..aku memohon agar diberikan jalan penyelesaian..agar aku diberikan ketenangan jiwa..dan kelapangan..agar aku diberiikan ketulusan hati..meredhakan segala takdir yg bakal aku lalui..
Ya Allah..kenapa begitu sukar untuk aku membuang dia dari hatiku??? kenapa aku harus terus merasa perit ini sedangkan dia sedang berbahagia di sana?? kenapa dia menghulurkan tangan sedangkan pada akhirnya dia membiarkan aku sendirian terkapai-kapai memaknai harga sebuah persahabatan seorang lelaki??

Friday, September 4, 2009 | By: sapphire

Nur Kasih...

Mencintai Isteri kerana Allah adalah cinta yang agung...Namun cinta itu tidak akan datang dengan sekelip mata atau hanya dengan melafazkannya secara lisan..ada syarat yang perlu ditunaikan..

semalam aku menonton drama bersiri ' nur Kasih'..saat Nur Amina berdoa..adakah dia patut terus berada di Jeddah ataupun kembali ke sisi suaminya..aku teringat akan sebuah Novel hasil nukilan Aisya Sofea..(kalau tak silap..) tajuknya 'Adam & Hawa'..citer tentang Adam, seorang juruterbang MAS yang berkahwin dengan gadis bernama Hawa..perkahwinan yg berlangsung bukan atas dasar cinta..tetapi berpunca daripada perbuatan khianat wanita lain..demi maruah yang tercemar, Hawa terpaksa bersetuju atas pernikahan tersebut..namun rumahtangga mereka tidak seperti pasangan yang lain..Hawa menghilangkan diri ke luar negara..dan menyambung pelajarannya...atas kuasa Allah, mereka bertemu semula di Masjidilharam..
citer part nie tidak jauh berbeza dengan episode drama Nur Kasih semalam..

Hawa telah diciptakan untuk menjadi pendamping Adam..andai jodoh sudah termaktub di Luh Mahfuz..biar ke mana mereka pergi..sejauh mana mereka berpisah..pertemuan itu tetap milik mereka..kerana itu adalah Ketentuan dari Allah SWT..Cinta mereka pasti akan bersatu semula..

Thursday, September 3, 2009 | By: sapphire

New Day..

Azan Subuh baru jak kedengaran..kejap lagi aku nak gi solat, tpi sblm tu aku nak membebel sket kat sini sementara ilham turun mencurah2 nie..hahaha..

Seawal pukul 1.40am aku dah bangun!! fiuhh..punya la semangat..sda lama aku tak buat Qiamullail..alhamdulillah pagi nie dah tercapai pun hajat nak buat..tenang rasanya!!
Hujan nampaknya dah berhenti sejak tghmalam tadi..syukur la, keadaan cuaca petang semalam hinggalah ke malam tadi memang amat mencemaskan..hujan lebat ngan angin kencang serentak!! bule dikatakan MINI TYphoon sedang melanda..masa kat sekolah lagi la menakutkan..dahlah kat atas bukit..rasa cam nak terbang aje bangunan sekolah tu..memang banyak pokok kayu yang bule menahan ribut tu..tpi yang dirisaukan kalau2 pokok2 kayu tu plak yang tumbang menghempap bangunan sekolah..kesian kat bebudak tu..terpaksa berpindah tempat duduk disebabkan tempias hujan lebat yg mengganas!! haha..suka plak dorang ribut camtu..sedap aje dorang nak main hujan kat luar..alasan nak gi toilet..balik kelas dah basah separuh badan..aduhai murid2 ku...

Hari nie dah masuk hari ke-13 Ramadhan..2 hari lagi genap la 15 hari umat islam berposa..sekarang nie pun dah ramai yg shoping sakan..berabis duit!! pastu blum sempat hujung bulan dah pokai!! huhu..tulah kalu nak melaram time raya pun beringat la sket..jangan main belasah aje beli itu..beli ini..

Nak gi solat jap..^^

okay sambung balik..hehe..petang semalam aku beli meja tulis ngan kerusi..supaya senang buat keja..asyik duduk buat keja ngan meja jepun aku nie..sakit belakang dibuatnya!! tpi memandangkan hujan lebat non-stop sampai ke lewat petang, so tak dapat la pekedai tu nak hantar meja tu..harap2 pagi nanti tak hujan..bule la meja ngan kerusi aku tu sampai ngan selamatnya ke rumah nie..^^
aku tak tau sampai bila aku akan duduk kat siini..tpi apapun yg tu citer kemudian..yg penting sekarang nie!! sumanya lengkap dan selesa..hahaha..
Di bilik nie la dunia aku bermula..tpt berehat..solat..buat keja..

Ish..sebenarnya aku blum pun marking kertas percubaan SRU untuk subjek aku..malasnya!! aku dah draft kertas jawapan..harap2 pagi nie..kuat sket semangat aku nak buat suma keja2 tu..hahaha..tis weekend aku balik kampung..dah janji ngan mak..

okay la..aku nak buat keja lain plak..lainkali aku pot pet kat sini lagi...daaaaaa
Saturday, August 29, 2009 | By: sapphire

My Fate....?

Kejap lagi tepat pukul 12.01am masuk hari ke-8 Ramadhan..tak sedar langsung masa berlalu..tau2 dah seminggu aku bercuti kat kampung!! on 1st September, aku kena balik bekerja..tpi at least masa tu tinggal 2 minggu aje aku kat kudat..pastu cuti raya plak..bersyukurnya aku dapat keja sekarang nie..Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan Allah saat aku amat perlukannya.

Hahaha..aku dah dapat my 1st payment on Aug 15th..Alhamdulillah, aku btul2 bersyukur sebab diberikan peluang untuk menikmati hasil penat lelahku selama 3 bulan kerja tanpa gaji..dugaan yang pernah aku lalui bagaikan hilang ditiup angin..dan segala beban yang aku tanggung selama itu kini usai sda..bahu aku terasa ringan..walaupun kerisauan n kebimbangan terhadap perjalanan hidup aku seterusnya sentiasa ada..tak pernah sekalipun hilang..

sedar tak sedar rupanya dah lama jugak aku tak jenguk blog nie..apatah lagi nak update..kesibukan ngan tugasan harian menyebabkan aku kekurangan masa untuk berceloteh kat sini..bila bercuti kat kampung..connection selalu slow..so selalunya aku give up masa nak tunggu blog loading..super duper slow...apapun tak bule nak buat update..even kat KEL B pun!!
malam nie mungkin aku bernasib baik sebab dalam tak perlu tunggu lama nak buka blog..cuma sekarang nie kalu nak save draft..kekadang fail..kena buat berulangkali..
malam semalam..aku tak larat nak online..penat sesangat!! bygkan 2 hari berturut2 aku berulang alik drive KK-KB..sampaikan masa buka posa tu pun aku dah tak larat nak angkat badan..mujur mak sorang yg memahami..thanx mum!!
Orang kata dah jatuh ditimpa tangga lagi..dah penat giler camtu, tetiba sakit gigi plak..kepala semakin terasa berdenyut2..mujur ada painkiller kat dlm handbag..aku memang dah ready ngan stock ubat-ubatan wherever i go now..aku amik pengajaran kali lepas..masa aku jatuh sakit kat kudat takde sapa nak peduli..walaupun tinggal ngan saudara sendiri..kna tegur psal mudah sangat jatuh sakit menyebabkan aku terasa hati..sebab tu walaupun masi demam aku kuatkan semangat aku utk drive sejauh 130KM (2 jam perjalanan) balik ke KB..sedih sesangat!! sampai ke KB...demam aku mendadak naik!! mujur dah sampai KB..apa2 hal yg berlaku kat aku pun..at least..my parents were thr wit me...

Haha..looking at my room's new look make me felt bersemangat nak buat renovation..since our hse now tgh renovation jugak..semalam aku dah tukar langsir bilik aku..pasni aku plan nak belii cadar tilam yg baru plak..semangat sket tengok bilik lama bertukar baru...aku ingat nak cat semula bilik nie..tpi tunggu dlu la..biar renovation kat luar tu siap dlu..pastu br senang nak plan..
bila aku susun semula fail2 ngan buku2 nota kat dlm bilik nie..aku terkenang plak masa aku kat kolej dlu..how naive i am..senang sangat kna buli..confidence pun seciput aje..bila aku fell in love wit my bestfrend..i think dat is the worst!! haha..my pointer jatuh merundum..apatah lagi bila dia sendiri mengakui berhubung rapat ngan one of his classmate..tpi mujur ada sokongan dari teman2 yang lain..aku kumpul smula saki baki semangat aku..dan berdiri semula..and i manage to complete my studies..but him,sangkut di tgh jalan..i felt sorry for him..i wish dia pun berjaya..tpi mungkin tulah jalan yg dia pilih..since then we're lost contact until last year..i managed to contact him..just to say hi..and ask how he have been..i realize until i find d answer of my question..my heart would never ever stop thinking of him..bila aku dapat nombor dia..i'm not hesitate to give him a call..tpi memang mengecewakan bila orang yg pernah menjadi sorang yg paling rapat ngan kita tetiba melayan kita seperti orang asing..memang sedih..tpi bila difikir dr sudut lain..mungkin d sebabkan kami dah lama lost contact..mungkin dia tak tau camna nak berdepan ngan aku semula..tpi honestly walaupun bgitu..aku happy sbb at least aku tau dia sihat dan kini sdang bahagia ngan wanita pilihannya..
Dan pada saat itu, aku berjaya melepaskannya dari hatiku..

selepas aku meninggalkan ATIC..3 hari yang lepas adalah pertamakali aku bertemu semula dgn dia..selama nie kami cuma bertukar berita melalui sms. tu pun bule dikira dengan jari..atas sebab tertentu..persahabatan kami kini agak terbatas..haha..
selepas mendapat jawapannya hampir 4 bulan yg lepas..kami sda jarang berhubung..tpi aku lega sebab akhirnya aku menemui jawapan yg aku perlukan selama 4 tahun nie..walaupun dia tidak menyatakannnya secara jelas..tpi dr kiasan itu aku menyimpulkan ada baiknya hubungan kami lebih baik dikekalkan sekadar teman baik saja,..
3 hari yg lepas kami ber-5 bertemu semula untuk berbuka puasa bersama-sama..tak sangka jauh disudut hati aku..masi ada debaran saat bertentang mata dengannya..walaupun debaran itu sda tidak sekuat dlu..
nasib baik aku mampu mengawalnya dan bersikap seperti biasa..hahaha lucu pulak rasanya..masih ada sisa rindu buat dirinya..
aku tak sangka semalam dia akan menghantar sms padaku..and once again aku tidak memahami pemikirannya..aku tidak mampu menekanya..tindakannya amat sukar untuk dimengerti..

Gusi aku yg membengkak tu masi lagi terasa sakit..walaupun dah diletak garam dan asam jawa kampung..bengkaknya blum kebah lagi...membuatkan aku rasa tak selesa..

dah pukul 12.09am..sekarang nie dah masuk Aug 29th..bersamaan hari sabtu..8 Ramadhan..tpi mata aku sedikit pun blum rasa mengantuk lagi...ish..makin berdenyut2 plak bengkak gusi aku nie..btul2 tak selesa..
ingatkan nak tgk balik dvd boys Over flower tu..tpi cam boring plak..sebab dah masuk 3x aku tgk citer tu..huhu..

Tuesday, August 4, 2009 | By: sapphire

Nobody is perfect....

Tis song memang menyentuh perasaan..aku blum berkesempatan untuk menonton movie yg dikatakan hit di Indonesia pada tahun nie..Movie ' Ketika CInta Bertasbih'..tpi dengar saja pada tiap bait lirik lagu nie memang menuntun hati..ianya berkisar tentang luahan rasa cinta seorang hamba pada Maha Pencipta..

"Bertuturlah cinta Mengucap satu nama seindah goresan sabdamu dalam kitabku cinta yang bertasbih kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu.. Bisikan doaku dalam butiran tasbih kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta sudah diubun-ubun cinta mengusik resah tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu kembang kempis dadaku merungkai butir cinta garis tangan tergambar tak bisa aku menentang sujud syukur pada-Mu atas segala cinta..."

Melly Goeslaw ft Amee ..Ketika Cinta bertasbih Ost..

hurmm..dah lama aku tak update blog nie..aku baru jer pulih dari demam teruk..tpi batuk masih blum okay lagi..keadaan cuaca yang panas dan berjerebu sekarang nie memang menyukarkan proses penyembuhan..tpi orait jugak la..at least membantu mengurangkan dosa2 kecil..hehe *wink*..

tpi yang paling menyedihkan apabila jatuh sakit ditempat orang..jauh dari family dan yang paling teruk takde sapa pun yang peduli waktu tu..sakit pening takde sapa yang nak tgk2kan..duduk bersendirian dalam bilik dan bertahan sehingga keesokkan harinya..atas sebab nie la aku bertekad untuk memandu balik ke kampung biarpun dalam keadaan demam panas..mujur aku selamat sampai..mak aku hampir menangis bila dapat tahu aku memandu dalam keadaan demam panas..dlm masa yang sama geram sebab aku tak fikir pasal keselamatan diri..pada aku, apa yang penting aku berada di rumah sendiri..biar teruk camna pun aku mesti pulang ke kampung...aku tak terfikir sangat tentang keselamatan aku pada waktu..selagi aku mampu untuk memandu..aku akan teruskan..

selama 4 hari berturut2 aku berehat di rumah..yet not fully recovered till now..kekadang aku akan merasa pening..dan tak bermaya bila mengajar..tpi tetap kuatkan semangat..sebab sakit nie kekadang tak bule dimanjakan sangat..nanti makin menjadi2 plak..

hurrmm..sampai sekarang gaji aku tak masuk2 lagi..dah 2 bulan 3 minggu aku keja kat sini..saving pun dah hampir kering kontang..hopefully tis week ada la rezeki tu..

aku paling tak suka apabila ada orang mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain..aku tak kisah kalu perlukan pertolongan aku..asalkan aku mampu melakukannya..tpi aku paling pantang bila aku ditipu..kata pegi meeting..tup2 pegi buat hal peribadi..tu yang buat aku hot tu..dah la buat aku tinggalkan kelas sendiri semata2 nak jaga anak murid dia..sebab kununnya meeting tu tersangat la penting..tpi tau2..dia pegi tempat lain..meetingnya ntah ke mana..huhu
tu blum masuk bab dia suka twist citer lagi..angkat bakul sendiri..sukakan kemasyuran..ish3x..tak abis2 nak puji diri sendiri..masa meeting suma keja dia nak buat..sampaikan orang lain dah takde keja nak buat..pastu kat belakang bule plak mengadu ngan GB..orang lain tak bule diharap bila buat keja..dia sorang yang kena tanggung suma keja..sampaikan dia takde sempat nak kejar dateline..adakah...wat kind of person is dat?? huhh..

sekarang nie aku tgh layan lagu2 jepun dari single terbaru Shimizu Shota..memang best!! bule layaaaaaaaan..budak nie memang berbakat besar.. masi muda lagi tpi dah jadi komposer lagu..terbit beberapa album n jadi penyanyi terkenal..lagu2 dia pun setakat nie memang suma best2..dia salah sorang penyanyi favourite aku nie..*wink*..

hurrmm..slow plak connection malam nie..nak update browser nie jer amik masa 4 jam++ aduiii...
o ya semalam aku tgk movie jepun 'Tada kimi wo aishiteru' (Just, Loving You)..international tittle plak.." heavenly Forest".. citer nie dibawah ke layar screen based on Ichikawa's novelization on 'Renai Shashin' maksudnya Romance Picture..lakonan mantap dari Tamaki Hiroshi (Chiaki Senpai *nodame cantabile) & Miyazaki Aoi..it is really nice movie but sad ending..watak pompuan tu mati in d end tanpa sempat mendengar pengakuan sebenar makoto..lelaki yg amat dicintainya dlm diam..sebelum nie ada versi drama..lakonan Ryuhei & Ryoko Hirose..which is release on 2003..ramai berpendapat..drama wins over movie..sejauh mana kebenarannya..i dont know..coz i never watch drama version for tis..

Miyazaki Aoi as Shizuru Satonaka
"Tada Kimi Wo Aishiteru.." (Just, Loving You..)

Tamaki Hiroshi aka Makoto
part yg paling menyentuh hati bila..Makoto melawat Shizuru's photo exhibition d New York..(sempena memperingati Shizuru Satonaka yg tlh meninggal dunia akibat rare unknown disease)

"the one and only kiss i have..and the only love i ever known..' quote pada gambar terakhir mereka berdua yg diambil di Heaven Forest..atas permintaan terakhir Shizuru sebelum dia menghilangkan diri..huhu..sedey...sedey..

nwei..Tamaki hiroshi look handsome in tis movie..but i still love him more in Nodame Cantabille..hehe..( wonder y he always paired up with weirdo in every cast??..hurmm) nasib baik watak weirdo tu cantik2..hehe..so match skek jugak laaa..*wink*..

o ya..sebelum nie aku nonton Kmovie - the naked kitchen..lakonan mantap dari Joon Ji Hoon..alaaa hero Princess Hours tu..hehe..

tak sangka tul JJH berani buat aksi 'Panaszz' kat dalam movie nie..dan lagi satu dia nampak menyerlah kat sini berbanding dalam drama PH..kalu nak vote 8 out of 10..sebab ending tak best..hehe for me laaaa..hahaha..aku tak tgk lagi movie dia citer ' Antique Bakery' tu..yg nie adaptasi dari manga tterkenal kat Jepun..kalu tgk anime citer nie memang okay..tpi tak tau la plak movie korea nie..bila aku tgk review bule tahan gak sambutannya..berlambak2 pujian untuk movie AB nie..siap letak 'Hot' lagi..so kesimpulannya best la tu agaknya..ada masa nanti aku try tgk..hehe aja aja fighting..sympaty for JJH..tak sangka dia terlibat ngan dadah..tpi mujur tak masuk kategori drug addict lagi..n paling penting dia dah sedar kesalahan dia dan dia minta maaf ngan suma peminat dia...
apapun..all d best 4 him..wish to him on screen again..

dats my favourite Movie..drama & songs for tis month..

Jmovie - Tada Kimi Wo Aishiteru..

KMovie - The Naked Kitchen

Kdrama - Boys Over Flowers

Jdrama - None (so far...) will find out soon..hehe..

okay la..dah kul 1.16am..tak sedar masa berlalu bila idea dah mencurah2..hehe time to sleep..bsuk pagi nak g sekolah..ada urusan ngan GB..huhu..

Human...

bila aku tengok citer Boys Over flowers..memang suma orang fokus pada love triangle between Geum Jan Di..Jun Pyo dan Ji Hoo..sebab memang dorang pun nadi utama citer nie..even dlm citer Meteor Garden (Taiwan) Shan Chai..Dao Ming Si & Hua Zhe Lei..Hana yori Dango (Jepun)..Makino Tsukushi..Domyoji Tsukasa & Hanazawa Rui..tpi apa yang membuatkan aku bgitu tertarik ngan citer HYD versi korea nie ialah..adalah watak So Ji Jeong & Chu Ga Eul begitu menarik dan its really captured almost viewers heart..(include myself..4 sure..^^)
berbeza ngan MG & HYD..watak Nishikado & Xi Men & Xiao You tak berapa menyerlah..mungkin inilah salah satu kelebihan BOF berbanding 2 versi yg lain..tpi apapun mereka suma in all version memang best belaka..masing2 ada keistimewaan tersendiri..

watak pasangan SJJ & CGE memang sooooooooo sweet..hehe i love them..wish..rumours yg kini sedang tersebar kini mengatakan percintaan mereka turut berputik diluar set pengambaran BOF adalah benar..sebab dorang memang sepadan..even dalam iklan CF pun dorang nampak loving sangat..ramai yg vote for them..hehe nwei..they're my fav couple!! Best of luck SJJ & CGE..saranghae ^^
Sunday, July 19, 2009 | By: sapphire

LOVE..

Love?? Love is cinta..hahaha..terlalu banyak pengertiannya..cinta pada Maha Pencipta..cinta pada teman2..cinta pada keluarga..dan banyak lagi.. sapa yang tak pernah ingin untuk dilamun cinta..tpi takdir cinta setiap orang itu tak semestinya sama..ada yang berakhir dengan kenyataan yang indah..ada pula yang berakhir dengan ilusi semata-mata. Kisah cinta Romeo & Juliet..Puteri Jasmine & Aladdin..Shah Jehan & Taj Mahalnya..& etc..sering dijadikan legenda cinta bagi setiap pasangan..tapi berapa ramai pasangan yang mencontohi cinta Muhammad & Khadijah?? kita hanya la manusia biasa..teda sapa pun yang sempurna..begitu juga la dengan Cinta...mudah untuk diluahkan tetapi amat susah untuk dijelaskan. Malah kekadang amat sukar untuk dilupakan..ia hadir tanpa dipinta...terlalu halus untuk dirasai..malah kekadang setengah orang..hampir2 kehilangannya pada saat dia menyedari akan kehadiran cinta itu dihatinya..it is complex rite?? hurrmm..i'm about to forget it..

sorang kawan pernah menulis..'Let's try to remember that love means keeping in touch with each others..thoughts and feeling. Listening not just to words, but to the emotions behind them. Seeing, not just the smiles and frowns, but the hurts and pleasures that causes them..'

'accept the things to which fate binds you..and love people with whom fate bringd you together, but do so with all your heart...'

aku benar2 kagum ngan frasa yang dia tulis nie..and i believe he's really in love rite now..coz sometimes only the person who felt love can write like this..atau mungkin juga dia mempunyai bakat untuk menjadi sorang pujanggan cinta???hahaha..no wonder people call him Dr.Cinta..haha

1 hour 33 minutes past midnight..cam banyak plak idea sekrang nie..cuma tak tau nak mula kat mana..hurrmm..petang tadi angin kuat, lewat petang aku kuar ke bandar..ingatkan nak ke Tai Fong supermarket tpi nampaknya aku terlambat..the moment aku sampai kat situ..supermarket dah pun tutup. Aku takde pilihan lain..selain Milimewa..kat kudat..d option too limited..walaupun tempat nie besar tpi kebanyyakkannya still old fashion..hanya setgh tempat aje yang membangun..tpi tetap tak bule mengubah persepsi orang ramai mengatakan kudat is a dead town..tarikan pelancong pulak..bule dikira ngan jari..
tpi yang menariknya..tinggal kat sini bule berjimat...purata belanja petrol kereta aku hanya RM20.00 sebulan..just imagine dat!!! haha..dalam masa 6 bulan i probably can b a rich person..hahaha ;p just kidding!!!

tinggal menumpang nie memang banyak dugaannya..aku terasa sedikit bila pakcik tanya aku pasal pintu umah dipecahkan tu..walaupun dia tak blame aku pasal kunci umah tu..tpi serba sedikit aku terasa kecik ati..selama nie dia tak pernah pun beri kebenaran untuk duplicate kunci umah nie..dan selalunya, bila dorang keluar ketika aku keja..pasti kunci akan ditinggalkan di tempat rahsia..tak pernah pulak dia minta aku pegang kunci umah sendiri..sebab tula aku tak pernah bertanya tentang duplicate kunci..tapi tak sangka plak gini jadinya..
hanya kerana sebatang kunci..kami jadi seperti saling menyalahkan..aku hanya menerima tiap patah perkataan yang diluahkan..'ko pun 1..napa dari dlu tak buat kunci sendiri? nasib baik Lie ada kat umah masa tu..kalau takde camna ko nak masuk umah?? nak minta tlg ngan sapa?..ingatkan ko dah amik kunci umah masa nak kuar gi keja..!! napa tak amik?

aku btul tak tau nak jawab apa..sebab memang takde guna nak bagi alasan apapun..takkan dia nak salahkan isteri dia 100% kan..suma orang pun sayang bini oiii..

ingatkan nak stay kat kuar lama sket..aku lum pernah lepak kat esplanade selama aku tinggal kat tempat nie..tapi nampaknya, cuaca tak mengizinkan..angin bertiup makin kencang..so aku decide untuk trus baliik umah aje..tpi aku dah takde mood nak stay kat living room..so aku memerap aje kat dalam bilik..lagipun perut aku tak berapa selesa..aku cuma menggalas perut aku ngan minuman yogurt n chocolat cadburry..esok aje aku makan nasi..tu pun kalu selera aku dah okay..tak sabar rasanya nak balik kg ujung minggu nie...

sepanjang dua hari nie, aku memerap aje kat umah..tak brani nak tinggalkan umah sebab dah tak bule kunci..nasib baik ada laptop dan broadband nie..takde la bushan sangat kat umah..kat astro plak takde citer yang best..lepas tgk citer Nur Kasih & Inikah cinta..i'm not interested with the rest..at last aku dengar radio aje sampai ke malam..lagi best!!

okay lah..dah lewat nie..aku nak tidur dlu..gud nite, sweet dream everybody ^-^
Friday, July 17, 2009 | By: sapphire

Bushan....

Nampaknya hujan lebat dah berhenti..tapi masi renyai lagi..aku sorang diri aje kat umah..banyak hal berlaku hari nie..laptop aku plak kekadang buat hal..IE tak nak loading..mentang2 la IE 6..orang suma dah guna IE 8..out dated btul laptop nie..hahaha..tak bersyukur btul aku nie..hurmm

awal pagi lagi aku dah bangun..sebab kul 8.00am ada meeting kat sekolah..ada ker patut aku kena lantik jadi setiusaha 2..pastu jadi guru kurikulum lagi..means..starting next year my 1st job would b do timetable guru2 Sekolah tu..uwaaaaa..lum sempat aku nak bernafas...aku di kejutkan lagi ngan berita lantikan aku sebagai AJK program motivasi yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti..tak abis2!! gila...

perut aku kemain lapar lagi masa tu..perut kosong sejak semalam..gastrik aku dah naik..migrain aku datang tak berjemput..bila GB dah bagi green light suru makan..ada pulak orang lain marah..ikutkan hati mau saja aku kuar dari bilik mesyuarat tu..dia nak halang orang makan semata2 nak kitorang dengar agenda dia..sedangkan agenda tu khas untuk guru2 tahap 1 saja..aku pulak guru tahap 2..dia tak tau ker aku dah kebulur tahap dewa masa tu?? aku dah tak larat nak dengar apa2 agenda lagi...asyik nak orang dengar cakap dia aje...tak faham tul ngan masalah orang lain..pastu siap nak arah2kan orang lagi..suka ati dia jer..nasib baik aku masi ada kesabaran..walaupun tgh kelaparan!! duuuuuuiiii...

balik umah jer..level migrain aku tak bule di tahan2 lagi..nak tidur tak bule..so aku surf internet..hehehe..sampai kat sekolah..mujur Ust.Mahit dah balik bertugas hari nie..aku btul2 tak larat nak jg dua2 kelas tahun 4 tu hari nie..nakal..masyaallah..mati akal aku!!! tak makan saman btul..dah di denda pun masi lagi buat hal..di ugut pun dah..suma tak jalan langsung!! berdenyutnya kepala aku..tuhan saja yang tahu..aku dah tak larat nak berteriak lagi..huhu

sebelum balik umah..aku sempat singgah kat milimewa beli sedikit barang keperluan harian aku..lagipun tis weekend aku tinggal sorang aje kat umah..jdi aku lebih suka makanan yg agak lite sedikit..tak payah nak masak byk..lagipun selera makan tu tak besar mana pun..

tapi tak sangka bila aku balik umah...pck lupa tinggalkan kunci umah untukku..uwaaaaaaaa!!! bila mck bagi kebenaran untuk pecahkan aje pintu umah tu..aku trus dapatkan pertolongan dari jiran di tingkt 3..besfren pck aku jugak!!! setelah lebih kurang hampir 2 jam mencuba..akhir pintu berjaya dibuka..syukur alhamdulillah...kalau dia takde, aku tak tau nak minta tlg ngan sapa..family dia aje yang aku kenal kat neighbourhood nie..dah la masa tu hujan lebat sangat..sakit kepala pun..aduiiii...

punya laaaaa...

malam semalam aku tak dapat tengok citer Inikah Cinta..orang umah nie tgk citer kelliwon pastu tgk gusti..so frustrated!! walaupun Denise dah mati..tpi aku tetap nak tgk kesudahan citer nie..walaupun memang dah tak best watak denise dah takde..!!! huhu..kesian Moza..
hurrmm...malam nie konfem la aku dapat tgk..sebab aku sorang aje yang tgk tv..hehehehe..dah masuk episode 30..lagi 2 episode..abis dah!! Moza bertemu ngan cowok baru..namanya?? hahaha..aku lupa..tak amik perhatian pun..sebab sibuk berTnet kat depan tv..adedeh..
apapun..denise still the best!!

dah pukul 12.31am..takde satu pun citer yg best..so aku tuning channel to 303 KBSW..sekarang nie ada rancangan MusicBank..suma lagu2 korea yang aku dah ada kat dalam media library..tpi best jugak laa..hehe

heran plak..mata aku langsung tak mengantuk..cam tau2 aje esok hari sabtu..takpe bangun lambat sebab orang umah takde!!! hehe..opss!!! nak tgk cartoons plak esok pagi..pastu kat astro aruna ada movie yg best!! 'double love'...haha..nie jelah peluang aku kalu nak tgk tv..kalu tak 12 jam..click ngan laptop ajelah keja aku..abis dah takde can nak tgk tv!!!!

uwaaaaaaa...bila la gaji aku mo masuk nie..??????? telapak tangan aku nie asyik gatal aje..tpi bila aku check acc..masi gak jumlah yang sama..takde perubahan pun...huhu..sabar...sabar....

Next week giliran aku plak balik kampung..aku br aje plan nak balik 1st august..skaligus celebrate Friendship day ngan kengkawan kat KK..tpi malangnya aku terlibat plak ngan pendaftaran pelajar baru...jadi nampaknya next week aku kna balik kampung..trus gi bayar keta....lepas nie aku save budget la..til August!! hopefully bulan 8 nanti gaji dah masuk..sebab masa tu dah genap 3 bulan aku keja..amiin...
Thursday, July 16, 2009 | By: sapphire

gw kangen...

nie la citer yang aku suka tgk setiap hari...sinetron adaptasi dari citer Meteor Garden (Taiwan) & Hana Yori Dango ( Jepun)..hehe almost 90% jalan citer lebih kurang aje..anak jutawan terkenal jatuh cinta pada gadis biasa..tentangan & dugaan..adat la tu...tpi yang membezakan sinetron nie ngan kedua2 versi taiwan & jepun..Hero mati!! (tu yang aku baca kat youtube) adoooiii..mati kena langgar keta kunun..hasad dengki punya pasal..so sad!! and aku tertanya2 (memandangkan aku belum tgk final episode lagi..hehe) sempat ker dorang bahagia??? so kesian Moza & Denis..percintaan dorang berdua mendapat tentangan hebat..hurrmm..but dorang kata citer nie happy ending..sbb in d end Moza dpt merelakan pemergian Denis (1st love tuuu..) dan mulakan hidup baru bersama ??????? i dunno his name yet..!!! ^^.. but he's good looking..ganteng!! :p hehehe..

hehehe..ada bakat ker aku jadi pengulas citer??? hahaha..takde keja lain daaa..terlampau free..kalau dulu mungkin sekarang nie aku dah menguap2 kat depan PC sambil buat keja..dan tak lupa jugak secawan hot Nescafe 3+1 kat sebelah..hehe..takyah kuar lunch asalkan ada Nescafe & bread yang dibeli dari Mr.bake..dah cukup!! no wonder badan aku cam di pam2 aje..tapi tu suma citer dlu..sekarang nie dah kembali normal..less 1 and a half kg..hehehehe

diet??? takde laa..cuma selera makan berkurangan jer..lagipun kat cnie susah kalu nak cari bun sedap cam kat gaya street..huhu..but okay la..at least, bisa membantu aku mengurangkan berat badan ku yang hehehehe..bukan gemuk arr..comel aje..tinggi 1.51 pastu berat 59kg..orait la tu..

opss!! dah dekat kul 1.00pm..got to go..sebab nak ready gi keja..chaooo..

another tough day

owh..perkenalkan..ini la minuman kegemaran aku selama nie..selain hot chocolate..and mango juice & oso avocado ice-blended..hehe
i always start my day with secawan hot Nescafe..or cold for hot day!! hehe..life without it felt so empty..addicted oready..cuma pernah bertahan selama a month tak minum nescafe..tu pun atas nasihat doktor sebab my kidney disyaki ada batu karang..aduii..okay sket aje aku trus minum lagi..without hesitate!! hahah..cari nahas betul!! fiuuhh..

seperti dua hari yang lepas..hari nie merupakan hari yg sangat tough buat aku..aku terpaksa handle 2 kelas pada masa yang sama..nak gabung tak dapat sebab terlalu ramai..kelas pulak bukannya besar sangat pun..so GB decided let them stay in their own class..tpi aku kena berulang alik between dua kelas nie..i'm so tired!! luckily bebudak tahun 6A tak buat hal sangat..senang aje nak handle..but i have a problem wit bebudak tahun 6B..terutamanya budak yang bernama Ikhwan nie..kes ngan budak Shahrizwan tu tak setel lagi..dah muncul pulak 1 satu..sakit kepala!! adusss...

aku hampir mengalirkan airmata sebab menahan marah!! tapi demi maruah sorang guru..aku bertahan!! dan akhirnya aku menang..esok, aku akan mengadakan perhitungan dengannya..he still owe me..dia kena minta maaf!! by hook or by crook..tula, never assume and jump to conclusion..aku bukannya sorang yang kejam ataupun tak bertimbang rasa..ketegasan aku adalah demi kebaikkan dorang jugak..tak lama lagi dorang dah nak menduduki peperiksaan SRU.. kelalaian dorang cuma akan menyusahkan dorang di masa depan..

remaja..remaja...!! aku pun pernah melalui zaman remaja..sikap memberontak adalah perkara biasa pada usia sebegini..tapi kena ada batasnya..dan kena pada tempatnya..

omigosh..i'm so tired today..bila balik umah air pulak takde..pakcik kata orang tingkat 1 tak bertimbang rasa btul..suis pam air dekat aje, tu pun tak bule nak tekan..biarkan aje tangki tu kosong..orang tingkat atas jugak yg kena turun ke bawah dan ON d suis..punya laa!! so selfish!!i dunno how they can live in neighbourhood area ngan perangai camtu..suka sangat kena kutuk..mujur gak keta aku tak parking kat bawah tingkat dorang..huhu..

ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tghari..tpi kejap aje..ingatkan hujan akan berterusan tapi tup2 berhenti..aku baru aje harap2 biar la hujan lebat..bersih gak keta aku..bukan malas nak cuci tapi kat flat nie tak boleh cuci keta..kna hantar gi car wash..aduii! lagipun aku blum pecaya sangat nak tinggalkan keta aku kat car wash d kudat nie..insiden pecah keta aku dlu tu masi jelas lagi d ingatan aku..perasaan fobia tu masi ada lagi..

sekarang nie aku tgh dengar mix.fm secara online..bersyukur sangat ada broadband nie..banyak membantu aku bila aku tak bule tgk TV..errmmm..hujung minggu nie nampaknya aku bakal keseorangan sebab pakcik & family dia nak balik kg..takpe..at least i got privacy sket..hehe
with tis broadband...my life more easy..thanx dad coz help me..^^

lebih kurang kul 10pm tadi..air dah ada..alhamdulillah!! masyaallah mengantuknya mata..tpi keja aku masi banyak lagi..nyesal plak aku bgtau aku dah ada laptop sendiri..cepat plak orang tu amik kesempatan minta aku tlg dia buat itu ini..gosh!! alasannya dia sibuk sediakan minit mesyuarat..stau aku nak siapkan minit mesyuarat bukan la susa sangat..sehari 2 dah bule siap..yg penting ada buat catatan masa mesyuarat lepas..kalu takde buat memang la susa cik kak oii..aku tau sebab dulu aku selalu tgk mrs.kang buat minutes meeting..so kalau nak buat2 citer pun cari la yang aku tak tau..hish..

aku dah tak larat nak bertahan lagi..mata aku dah berat sangat nie..aku rasa nak tidur jap pastu nanti bangun balik..sambung buat keja..nie suma gara2 meeting ditukar ke hari jumaat..

nite everybody..^^
Tuesday, July 14, 2009 | By: sapphire

New again...

Dah dekat pukul 10:46PM..baru la aku puashati sket ngan keja aku..bayangkan sejak kul 8.00PM tadi aku buat suma nie..kejap create..pastu edit..tak puashati DELETE la jawabnya..hahaha

Aku nak mulakan hidup baru sebenarnya..pasal tu aku delete blog yang lama..tapi takde la aku bermaksud nak buang suma kenangan aku yang dulu tu..kawan tetap kawan..FRIENDS ARE 4EVER..rite??
ish.lenguh plak pinggang aku asyik duduk aje dari tadi..al-maklum la kat dalam bilik nie takde meja tulis..gaji tak dapat lagi..jadi takde sen nak beli meja tulis ngan kerusi..meja ala jepun tu adalah..tpi mula2 tu okay la..lama2 jadi lenguh rasanya..nak bersandar kat dinding plak..hampeh!! berhabuk!!

untuk pengetahuan korang, aku tinggal kat Flat Persekutuan..tingkat 4..pemandangan memang best..ngan laut yang terbentang luas..pastu kompleks sukan..kat belakang bangunan nie Marina GOlf & Resort..hehe kekdang skodeng orang tgk main Golf..tapi kebanyyakkannya perut dah buncit..kepala plak separuh botak..wakakaka..aduii jahat mulut aku nie...

Lapar plak rasanya..nak cari makanan jap..nanti aku sambung balik story aku nie..bye

Me..Mine & Myself...

Dah tengah malam..tapi idea aku untuk terus menulis blog nie makin mencurah2 pulak..padahal aku dah plan nak tidur lebih awal malam nie..

selama 4 hari berturut2 Ustaz Mahit takde sebab kena pergi berkursus di KK..jadi aku kena handle 2 kelas dalam masa yang sama sehingga hari jumaat nie..aku tak banyak masalah nak gabungkan kedua2 kelas tahun 5 & 6..tapi tahun 4 benar2 menguji tahap kesabaran aku..pelajar2 tahun 4 terlalu nakal & degil..petang tadi kemarahan aku hampir2 meletus gara2 sorang pelajar yang asyik bermain dan memperlekehkan ajaran aku..mujur aku dapat mengawalnya..kalu tak silap haribulan dah kuar BULETIN UTAMA 'GURU DERA PELAJAR'hahahahaha..dussssh

Sejak 2 minggu lepas dia lebih suka mengambil langkah berdiam diri..membuat aku banyak berfikir..dah akhirnya petang tadi aku membuat keputusan untuk melupakannya dan anggap suma itu tidak pernah berlaku..dia tetap kawan aku buat selamanya..JATUH CINTA tak semestinya bersatu..serasi tak semestinya bercinta..persahabatan kami lebih bernilai daripada itu..CINTA pasti akan datang lagi...tapi sahabat takde galang gantinya..

Citer 'inikah cinta' banyak kali menyentuh perasaan aku..pengorbanan Denis memang mengharukan..dia terlalu cintakan Moza..dan kerana itu dia lebih rela lepaskan Moza daripada terus disakiti oleh ibunya.Baginya kebahagiaan lebih penting daripada keagungan cintanya..walaupun dia terasa pedih..tapi senyuman tulus Moza yang sedang gembira begitu membahagiakannya...

Aku tak pernah terfikir berkorban ke tahap itu..coz honestly he doesnt deserve it..he just playing a game wit my heart..samada dia sedar tentang itu atau tak..terlalu sukar untuk aku maafkannya..tapi jauh disudut hati aku..dia tetap kawan baik aku..dan aku tidak sanggup menyingkirkan dia terus kuar dari hidup aku..akhirnya aku membuat keputusan untuk memilih persahatan kami..dan aku sentiasa berdoa agar dia cepat kembali ke jalan yang benar..jangan pernah sia-siakan peluang yang telah diberikan Allah..kerana aku sayangkan dia..dia, sahabatku..!!

Dugaan...

Kuss semangat..tetiba laptop aku buat hal..takkan dah kena virus kot..aduiii..tpi bils scan tadi takde apa2 pulak..sepa la yang buat dajal tgh2 malam camni?? buat tambah dosa aje..nescafe yang aku tinggal kan kat atas meja tadi..tertumpah tanpa disengajakan..memang DUGAAN!!

okay..jom kita continue my story...tis is NEW about me..

Early May..aku resigned from ATIC..dapat offer keja dari kerajaan negeri?? My friends sibuk congrats me..tak kurang ada jugak yg jeles sebab aku dah termasuk dalam senarai orang2 yang bernasib baik dapat keja ngan GOV!! best ker?? dalam gembira ada sedihnya juga..sepa tak sedih oiii..bila dah bertahun keja kat situ..dah serasi..kawan pun ramai..tup2 kena berpisah..Izwan kata i should grab the change and hold it tight..sebab nie kiranya dah rezeki baik punya!!

dulu asal stress aje..trus buka newpapers or Jobmalaysia..cari keja kosong!! nak apply keja tempat lain..kunun dah tak tahan keja ngan ATIC..banyak sangat songeh itu ini..tapi bila dah dapat tawaran..kalu boleh tak nak resign la pulak..berat hati la tu!! hish..siap tekanan lagi..mujur aje takde penyakit jantung or highblood..Nauzubillah..

Aku tender notice underspot pada hari yg sama aku trima surat tawaran keja baru. Senyum kunun..its all fake!! hati kat dalam meraung..cis buat malu aje bila difikirkan balik..hahahaha tak matang!!
Dalam tempoh sebulan aku handover everything to ejue..siap ngan buku nota lagi..pasal keja aku nie kompleks sket..tapi aku yakin dorang pasti bule buat punya..cuma they need time to major..aku amik masa 3 tahun untuk major all my work..

seminggu sebelum aku officially kuar dari ATIC..i've got a lot of suprises..termasuk la my farewell party kat Fish & Co Warisan Square..eniwei..thanx to all my friend..u guys so sweet and i appreciate wat you've done for me..dat 'big gift'..i cant keep it ..so let it be my sweet memory 4ever..i know after i walk out from KK..some things will not be the same again..so i leave everything to God..setiap yang terbaik itu datangnya dari Allah..teda sepa yang sempurna di antara kita..but FRIENDS ARE 4EVER..

walaupun aku ketawa..tersenyum..kununnya i'm a strong lady..jangan terpedaya!! itu cuma lakonan semata2..di awal status aku sebagai sorang penganggur bertauliah..(untuk tempoh 3 minggu sahaja) aku agak terumbang ambing sket..nak setel down everything..my medical check-up..report duty kat jabatan..then have to prepare physically + mentally b4 bertolak ke utara tanahair..[kudat]..
well..rasa berat hati tu makin lama makin membebankan aku...aku jadi tak selesa..kalau bule aku nak lari jauh..sembunyikan diri..

Aku pernah terfikir nak luahkan perasaan aku ngan seseorang nie tapi..bila difikirkan balik..buat malu diri sendiri aje..baik tak payah buat..tapi aku tak bule pulak nak mulakan hidup baru kalau sentiasa dalam keadaan tanda tanya sepanjang masa..hal nie menyebabkan jadi sorang yang murung dan kurang berfikiran waras!! bahaya jugak rupanya kes cintan cintun nie..hehe baru sedar ;p

Bila aku mula tinggal kat Kudat..aku rasa tak ikhlas nak menggalas tanggungjawab yang baru aku pikul di bahu aku..dalam masa yyang sama aku masi risaukan seseorang yang aku tinggalkan kat KK..adakah patut???
Bila aku diuji dengan insiden kereta aku dipecah masuk..Aku hampir2 hilang kawalan diri..aku hampir2 menyalahkan takdir..sebab sejak aku kuar dari ATIC bermacam hal berlaku..Kesabaran aku teruji!! Mujur aku bertemu ngan sorang kawan nie..dia banyak menenangkan aku dah memberi kata2 nasihat..Masyaallah keegoan dan kekerasan hati aku sedikit demi sedikit mulai runtuh..aku mulai sedar betapa aku hidup dalam serba kekurangan..CINTA itu hanyalah ujian pada hati aku..sedikit saja aku digoda cinta..aku suda lupa pada Tuhanku..aku lalai dalam menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba..Ya Allah...pada saat itu aku menangis..

Bila aku diuji lagi dengan insiden langgar tembok baru di country height penampang..aku makin sedar, CINTA ini..bule membinasakan aku..aku menangis dalam sujudku..aku berdoa andai CINTA ini tidak harus aku pelihara..maka tabahkanlah hati aku untuk melepaskannya pergi..aku redha!!
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..kehadiran aku diKudat menyedarkan aku pada banyak hal..aku mula dapat melihat hala tuju hidupku..bukan bermaksud aku akan menyingkirkan segala2nya dari hidupku kemudian mulakan hidup baru..AKU TETAP AKU..cuma aku kini masih yakin dengan diriku dan juga hatiku..Ya Tuhan terima kasih kerana tunjukkan aku jalan ini..

Setiap ujian yang datang membantu mematangkan aku sebagai sorang muslimah..hidup aku kini lebih tenang walaupun dah keja 2 bulan tapi gaji tak masuk2 lagi..hahahaha...kini, aku bersyukur kerana sering mendapat penyelesaian pada setiap kesulitan yang aku hadapi..alhamdulillah..

Saat aku dalam kesusahan mencari tempat tinggal..tanpa di duga out of nowhere..sepupu ibuku muncul menawarkan tempat tinggal untukku!! waaaaaaaaa...walaupun di tingkat 4 tapi aku amat bersyukur..di bilik sederhana kecil ini aku membina dunia kecilku..dah di sini la aku akan mula membina hidup baru..
kedua2 anak pakcik Addin yang berumur 2 setgh tahun dan 1 stgh tahun menjadi penyeri hariku..walaupun kekdang menyebabkan aku stress sebab asyik tgk pergaduhan anak2 kecil..hahahaha but so far I'M STILL ALIVE!!!

aku sda mula dapat membiasakan diri ngan profession baru nie..cuma aku tak sangka akaan mengajar subjek KHAT & Tajweed..satu cabaran bagiku..dalam masa yang sama aku kena deal ngan budak2 yang baru nak meneroka dunia..terlalu bnyk pertanyaan..kenapa..kenapa dan kenapa??? biar sekecil hama sekalipun benda itu..bule menjadi satu persoalan yang hebat dikalangan mereka..pada masa inilah keupayaan aku benar2 teruji..

Thursday, December 3, 2009

Another new story..

Posted by sapphire at 2:21 PM 3 comments
Alhamdulillah...sedar tak sedar kursus dalam cuti sda sampai kepenghujungnya. Hari ini adalah hari terakhir..tpi subjek penutup untuk semester nie adalah PJK..pendidikan jasmani dan kesihatan. tak tau apa plak aktiviti kali nie..kami ada 5 jam kredit untuk hari ini. memang penat giler..badan pun dah sengal!! sejak hari isnin yang lalu kami kena turun padang..muka pun dah jadi 'two face'..hahaha..sabor jelah!!
hurmm..tak sangka masa begitu cepat berlalu..kepayahan yang kami lalui selama hampir 3 minggu tanpa henti (sabtu & ahad pun ada kelas) siang malam..akhirnya selesai juga..cuma assignment jer bertimbun..mujur kena hantar pada Februari dan mei tahun depan..kalu tak memang mampuih laaa..tak cukup energy!!
Alhamdulillah..rezeki semakin bertambah kebelakangan nie..rasa bertuah plak. walaupun kekadang stress tahap gaban..tpi kerja nie banyak memberi pengajaran dan pengalaman pada aku. aku berpeluang bertemu dengan orang ramai. aku dapat rasa lingkungan sosial aku kini lebih luas berbanding dlu. teman2 aku kini bertambah..cerita hidup aku juga sedikit demi sedikit mula berubah. walaupun bukan 100% tapi 30% telahpun berlaku.
setiapkali aku menghadiri kursus yang dianjurkan oleh jabatan..aku berpeluang mendapat pengetahuan yang baru dan itu membuka mata..rupanya masih terlalu banyak lagi hal2 yang perlu aku pelajari. dan semakin aku belajar semakin aku merasakan kekurangan diri aku..
tak sangka semasa menghadiri kursus diploma pendidikan nie, aku akan bersatu semula ngan kawan-kawan lama..hahah memang best, suasana memang meriah. apatah lagi semuanya berfikiran terbuka dan perangai sedikit gila2...hahaha..tekanan kurang dirasai sebab masing2 saling menyokong..
hari nie hari terakhir..sedih plak!! huhu..kami akan bertemu lagi pada sesi mei 2010 nanti. masa tu kami akan mengadakan lawatan ke universiti brunei. rancangan tu masi lagi berada di peringkat persediaan..tpi telah diputuskan dalam mesyuarat. insyaallah kalu panjang umur dan dimurahkan rezeki, dapatlah menjejakkan kaki ke negara luar..hahah xcited plak..mana taknya, nielah pertamakali ke luar negara..hahaha :p
nwei..dah pukul 11.10pm, kelas sepatutnya dah start tpi tai tau pa jadi, cikgu noni masi tak muncul2 lagi..orait juga, sbb sekarang nie panas terik, teruk la kalu kena turun padang..huhu..lapar plak rasanya..tpi kang aku pegi makan ada plak cikgu tu datang..hurmm..
okay la..ada masa lagi nanti aku menulis lagi..daaaaa

Friday, November 13, 2009

another chance...

Posted by sapphire at 10:32 PM 0 comments
14 november 2009...

tinggal 6 hari saja lagi aku berada disini..lepas tu aku akan bebas dari bebanan n tekanan tinggal di rumah ini buat sementara waktu..aku akan kembali lagi ke sini tpi bukan dalam masa terdekat ini..
semakin lama semakin aku merasakan bahang ketidakselesaan berada di rumah ini, tpi apakan daya..aku tidak mampu untuk melangkah keluar dan hidup sendiri.. bukan aku tidak mampu untuk berdikari..bukan juga tidak mempunyai keupayaan untuk tinggal bersendirian, tapi kerana keselamatanku!! kerana pengalaman beberapa orang saudara yang pernah tinggal di daerah ini menyebabkan kedua orang tua ku tidak pernah sekalipun memberi kebenaran untuk aku berfikir untuk tinggal bersendiri..
kekadang aku terfikir..adakah aku sebenarnya bertuah kerana dihantar bertugas ke daerah ini ataupun ianya sesuatu yang boleh disifatkan 'unlucky'??

bila aku menonton citer starlit lakonan terry kwan & jerry yan..sedikit sebanyak buat aku terfikir tentang hidup aku sepanjang 4 tahun ini..aku rasa kelakar pun ada..segan pun ada..i never tot bcz of i want to suppress what i'm holding back in my heart 4 the past 3 years so he could understand it..i done somting yang amat mengejutkan kedua pihak!!..gosh!! bila aku fikir balik..i think i'm the biggest idiot in the world..dan yang paling bodoh when i meet him.. i can pretend like nothing happen back then..!!! cam dlm dialog kdrama BOF..angin sepoi yang telah berlalu tak mungkin sama dengan angin sepoi yang kita rasakan seterusnya..gadis itu kumpulkan kekuatan cintanya yg terpendam selama 10 tahun itu untuk membuat 1 pengakuan ikhlas..tpi malangnya lelaki itu tidak pernah muncul pada masa yang telah dijanjikan..dan apa yang berlalu tidak mungkin akan dapat diambil kembali,..sebab masa tetap akan terus berlalu...
dah segalanya berakhir disitu. tiada jawapan yang pernah aku perolehi..hanya kebisuan!!

sejak majlis malam tu, kami tidak pernah lagi bertemu mahupun bertanya khabar..tpi his coldness masi dapat dirasai..buktinya dia tidak pernah sekalipun mencari aku mahupun bertanya khabar..nampak benar dia tidak pernah menghargai persahabatan kami..hurrmm..aku sda menjangkakan semua ini akan berlaku jua akhirnya..tpi kenapa aku masi rasa perit?? mahu saja aku mengorek hati aku keluar dari tubuhku..ataupun menukar hati ini dengan orang lain..supaya aku tidak lagi pernah bertanya tentang perkhabaran dirinya...

masa makin cepat berlaku..tinggal 2 bulan saja lagi tahun 2009 bakal berakhir..dalam masa yang sama turut menandakan hari lahirku yang ke-26 tahun bakal menghampiri..sda hampir 7 bulan aku memikul tanggungjawab baru nie..dan aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru disekeliling ku..melainkan tekanan di rumah tpt tinggalku tidak pernah beransur pulih..kalau bukan kerana janjiku pada seseorang, aku tak mungkin ingin terus bertahan di rumah ini dan juga daerah yang menyesakkan dada ini..i HATE this kind feeling..

i tot all this time..aku sorang yang bertuah sebab mempunyai ramai teman2 yang baik disekeliling ku..tpi sejak aku ke daerah nie aku semakin sedar..tidak semua mereka seperti yg aku fikirkan selama ini..mereka makin menghindar..dan hanya muncul bila mereka memerlukan..hurrmm..what a life!!!

Wednesday, October 28, 2009

there is no other way...

Posted by sapphire at 10:12 AM 0 comments
aku tersungkur lagi..memang agak sukar untuk melepaskan diri dari bayangan perasaan yang cuba dibuang secara paksaan..semakin aku cuba lari semakin kuat bayangan itu mencengkam jiwa aku..apa lagi yang perlu aku lakukan? putuskan segala hubungan termasuk persahabatan?? tapi aku tidak boleh sekejam itu..aku tidak sanggup melakukannya..aku mungkin boleh melupakan cinta tapi aku tidak boleh melupakan sahabat..walaupun dia tidak pernah faham situasi aku..apatah lagi ingin memahami aku..aku tetap tidak dapat membuang dia dari dalam hidupku..
sekali aku bersahabat ianya adalah untuk selamanya..aku tidak mampu memutuskannya..aku tiada kekuatan itu..
katanya cinta dia teguh buat seseorang itu..tpi kenapa dia masi ingin mengantung aku?? tapi kenapa aku tidak mampu membencinya? setiapkali aku bertemu dengannya, timbul perasaan asing dalam hatiku..kasihan? kecewa? gembira?sedih?..ntah aku sendiri tidak mampu menafsirkan yang sebenarnya..tapi apa yang pasti tiada sekelumit rasa benci dan dendam buat dirinya yang sering menyakiti hati aku sejak aku mengenali dirinya hampir 4 tahun yang lalu...
aku kini dalam fasa membina kehidupan aku yang baru..kalau boleh aku tidak mahu ada kesan kewujudan dia dalam dunia baru itu..tpi semakin aku menafikannya semakin aku jauh terjerumus..hati aku makin perit..makin terluka..mungkin aku boleh menipu orang lain..tpi bila dia ada di sisiku..saat itu aku tidak mampu untuk menipu diriku sendiri..aku masih ingin menyayanginya..sekalipun kawan2 yang lain suda sering mengugut dan memberi amaran padaku..bahawa jika terus menyintai dirinya..aku hanya akan menderita..
apa yang mampu aku lakukan? semuanya di luar kawalan ku sendiri..dan bukan ku pinta untuk jatuh cinta padanya...

Monday, September 28, 2009

another story..

Posted by sapphire at 7:56 AM 0 comments
sda lama aku tak menulis apa-apa kat blog nie..dah seminggu bulan ramadhan berakhir..sekarang nie umat islam masi lagi meraihkan hariraya..
semalam aku kembali ke kudat..cuti yang diberikan sda pun habis..hari nie aku kembali bekerja..walaupun jauh di sudut hati..aku masi teringin untuk meneruskan percutianku..tpi sampai bila???
selama 2 minggu aku bercuti di kampung, memang jarang sekali aku menggunakan internet..memandangkan kat kampung takde line 3G..yang ada cuma EDGE & GPRS..setakat nak chat okay la..tpi kalau nak check email..memang lembap sket..hurmm..
semenjak aku bertukar profession selama itulah aku tidak pernah mengunjungi kedai buku lagi..sehingga la suatu hari hati aku benar2 ingin mencari novel lagi..bukan sebab aku boring..tapi aku rindu membaca novel sebenarnya..akhirnya aku membeli 6 buah novel dari pelbagai genre..berbeza syarikat penerbitan dan berlainan penulis..haha mak aku ngan kengkawan aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat timbunan novel yg aku bawa keluar dari kedai buku..
aku puas hati tiapkali habis membaca novel yg aku beli..apatah lagi bila jalan ceritanya benar2 menyentuh hati..bak kata mak aku..tak makan pun takpe..sebab dah kenyang baca novel..hahaha

wat to do?? i cant help myself not to buy..but the temptation is too strong..heheehe
dats means my books collection makin banyak..dah 2 rak buku penuh..*wink*

nwei..dah lama jugak aku tidak berhubung dengan dia..sejak berbuka posa pada 4 ramadhan lalu...aku tak nak ada yg buat kecoh gara2 perkara kecil sahaja..salahkah kami menjadi teman rapat?? salahkah kalau sorang sahabat bertanya khabar teman baiknya??atau akukah yang terlalu mementingkan diri sendiri?? atau patutkah dia memutuskan persahabatan kami hanya kerana ingin menjaga hati sorang insan lain..memang terlalu menyedihkan andai perkara itu benar2 berlaku..aku sda bersedia berundur..dan telah lama mengundurkan diri sejak aku ke sini lagi..aku sda berusaha untuk menghindar..tpi dia sahabat ku..kami pasti akan bertemu walaupun tanpa dirancang sekalipun..kerna temannya adalah teman aku juga..

memang tidak dinafikan diriku kini jauh berbeza dari diriku yang dulu..kini aku lebih yakin dengan langkahku..aku kini lebih berani menghadapi hidup aku..dugaan yang aku alami sebelum ini banyak membantu aku agar lebih kuat..terima kasih Ya Tuhan.. aku kini lebih tenang..

Tapi........ternyata perasaan itu tidak pernah padam..biarpun aku benamkannya jauh ke dasar hatiku..aku fikir aku sda kuat untuk menghadapi dirinya..ternyata sangkaan ku tersasar jauh..
saat aku mendapat panggilan dari sorang teman mengatakan dia turut hadir sma di majlis itu..tidak semena2..hati aku mula berdebar...masyaallah..apa yang perlu aku lakukan bila bertemu dengannya nanti? sepanjang perjalanan aku memikirkan jalan terbaik untukku..
dan saat kami saling berjabat tgn..hati aku berdetik..serahkan segalanya di tangan Allah..kerana Dia yang lebih mengetahui apa yg terbaik..
Debaran yg aku alami semakin reda..tapi rasa janggal berdepan dengannya amat terasa..aku lebih banyak berbual dengan teman2 yg lain..ya, memang aku sedang mengelak dari bertembung dengannya..jujurnya..aku tidak tahu camna untuk memulakan perbualan dengannya..aku takut aku akan memperkatakan sesuatu yang hanya akan mengeruhkan situasi antara kami...
sejak prtemuan itu..kami langsung tidak berhubungan..mungkin ini yang terbaik..atau aku mungkin tersilap percaturan lagi???
tiapkali dalam sujudku..aku memohon agar diberikan jalan penyelesaian..agar aku diberikan ketenangan jiwa..dan kelapangan..agar aku diberiikan ketulusan hati..meredhakan segala takdir yg bakal aku lalui..
Ya Allah..kenapa begitu sukar untuk aku membuang dia dari hatiku??? kenapa aku harus terus merasa perit ini sedangkan dia sedang berbahagia di sana?? kenapa dia menghulurkan tangan sedangkan pada akhirnya dia membiarkan aku sendirian terkapai-kapai memaknai harga sebuah persahabatan seorang lelaki??

Friday, September 4, 2009

Nur Kasih...

Posted by sapphire at 2:15 PM 0 comments
Mencintai Isteri kerana Allah adalah cinta yang agung...Namun cinta itu tidak akan datang dengan sekelip mata atau hanya dengan melafazkannya secara lisan..ada syarat yang perlu ditunaikan..

semalam aku menonton drama bersiri ' nur Kasih'..saat Nur Amina berdoa..adakah dia patut terus berada di Jeddah ataupun kembali ke sisi suaminya..aku teringat akan sebuah Novel hasil nukilan Aisya Sofea..(kalau tak silap..) tajuknya 'Adam & Hawa'..citer tentang Adam, seorang juruterbang MAS yang berkahwin dengan gadis bernama Hawa..perkahwinan yg berlangsung bukan atas dasar cinta..tetapi berpunca daripada perbuatan khianat wanita lain..demi maruah yang tercemar, Hawa terpaksa bersetuju atas pernikahan tersebut..namun rumahtangga mereka tidak seperti pasangan yang lain..Hawa menghilangkan diri ke luar negara..dan menyambung pelajarannya...atas kuasa Allah, mereka bertemu semula di Masjidilharam..
citer part nie tidak jauh berbeza dengan episode drama Nur Kasih semalam..

Hawa telah diciptakan untuk menjadi pendamping Adam..andai jodoh sudah termaktub di Luh Mahfuz..biar ke mana mereka pergi..sejauh mana mereka berpisah..pertemuan itu tetap milik mereka..kerana itu adalah Ketentuan dari Allah SWT..Cinta mereka pasti akan bersatu semula..

Thursday, September 3, 2009

New Day..

Posted by sapphire at 5:21 AM 0 comments
Azan Subuh baru jak kedengaran..kejap lagi aku nak gi solat, tpi sblm tu aku nak membebel sket kat sini sementara ilham turun mencurah2 nie..hahaha..

Seawal pukul 1.40am aku dah bangun!! fiuhh..punya la semangat..sda lama aku tak buat Qiamullail..alhamdulillah pagi nie dah tercapai pun hajat nak buat..tenang rasanya!!
Hujan nampaknya dah berhenti sejak tghmalam tadi..syukur la, keadaan cuaca petang semalam hinggalah ke malam tadi memang amat mencemaskan..hujan lebat ngan angin kencang serentak!! bule dikatakan MINI TYphoon sedang melanda..masa kat sekolah lagi la menakutkan..dahlah kat atas bukit..rasa cam nak terbang aje bangunan sekolah tu..memang banyak pokok kayu yang bule menahan ribut tu..tpi yang dirisaukan kalau2 pokok2 kayu tu plak yang tumbang menghempap bangunan sekolah..kesian kat bebudak tu..terpaksa berpindah tempat duduk disebabkan tempias hujan lebat yg mengganas!! haha..suka plak dorang ribut camtu..sedap aje dorang nak main hujan kat luar..alasan nak gi toilet..balik kelas dah basah separuh badan..aduhai murid2 ku...

Hari nie dah masuk hari ke-13 Ramadhan..2 hari lagi genap la 15 hari umat islam berposa..sekarang nie pun dah ramai yg shoping sakan..berabis duit!! pastu blum sempat hujung bulan dah pokai!! huhu..tulah kalu nak melaram time raya pun beringat la sket..jangan main belasah aje beli itu..beli ini..

Nak gi solat jap..^^

okay sambung balik..hehe..petang semalam aku beli meja tulis ngan kerusi..supaya senang buat keja..asyik duduk buat keja ngan meja jepun aku nie..sakit belakang dibuatnya!! tpi memandangkan hujan lebat non-stop sampai ke lewat petang, so tak dapat la pekedai tu nak hantar meja tu..harap2 pagi nanti tak hujan..bule la meja ngan kerusi aku tu sampai ngan selamatnya ke rumah nie..^^
aku tak tau sampai bila aku akan duduk kat siini..tpi apapun yg tu citer kemudian..yg penting sekarang nie!! sumanya lengkap dan selesa..hahaha..
Di bilik nie la dunia aku bermula..tpt berehat..solat..buat keja..

Ish..sebenarnya aku blum pun marking kertas percubaan SRU untuk subjek aku..malasnya!! aku dah draft kertas jawapan..harap2 pagi nie..kuat sket semangat aku nak buat suma keja2 tu..hahaha..tis weekend aku balik kampung..dah janji ngan mak..

okay la..aku nak buat keja lain plak..lainkali aku pot pet kat sini lagi...daaaaaa

Saturday, August 29, 2009

My Fate....?

Posted by sapphire at 12:13 AM 2 comments
Kejap lagi tepat pukul 12.01am masuk hari ke-8 Ramadhan..tak sedar langsung masa berlalu..tau2 dah seminggu aku bercuti kat kampung!! on 1st September, aku kena balik bekerja..tpi at least masa tu tinggal 2 minggu aje aku kat kudat..pastu cuti raya plak..bersyukurnya aku dapat keja sekarang nie..Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan Allah saat aku amat perlukannya.

Hahaha..aku dah dapat my 1st payment on Aug 15th..Alhamdulillah, aku btul2 bersyukur sebab diberikan peluang untuk menikmati hasil penat lelahku selama 3 bulan kerja tanpa gaji..dugaan yang pernah aku lalui bagaikan hilang ditiup angin..dan segala beban yang aku tanggung selama itu kini usai sda..bahu aku terasa ringan..walaupun kerisauan n kebimbangan terhadap perjalanan hidup aku seterusnya sentiasa ada..tak pernah sekalipun hilang..

sedar tak sedar rupanya dah lama jugak aku tak jenguk blog nie..apatah lagi nak update..kesibukan ngan tugasan harian menyebabkan aku kekurangan masa untuk berceloteh kat sini..bila bercuti kat kampung..connection selalu slow..so selalunya aku give up masa nak tunggu blog loading..super duper slow...apapun tak bule nak buat update..even kat KEL B pun!!
malam nie mungkin aku bernasib baik sebab dalam tak perlu tunggu lama nak buka blog..cuma sekarang nie kalu nak save draft..kekadang fail..kena buat berulangkali..
malam semalam..aku tak larat nak online..penat sesangat!! bygkan 2 hari berturut2 aku berulang alik drive KK-KB..sampaikan masa buka posa tu pun aku dah tak larat nak angkat badan..mujur mak sorang yg memahami..thanx mum!!
Orang kata dah jatuh ditimpa tangga lagi..dah penat giler camtu, tetiba sakit gigi plak..kepala semakin terasa berdenyut2..mujur ada painkiller kat dlm handbag..aku memang dah ready ngan stock ubat-ubatan wherever i go now..aku amik pengajaran kali lepas..masa aku jatuh sakit kat kudat takde sapa nak peduli..walaupun tinggal ngan saudara sendiri..kna tegur psal mudah sangat jatuh sakit menyebabkan aku terasa hati..sebab tu walaupun masi demam aku kuatkan semangat aku utk drive sejauh 130KM (2 jam perjalanan) balik ke KB..sedih sesangat!! sampai ke KB...demam aku mendadak naik!! mujur dah sampai KB..apa2 hal yg berlaku kat aku pun..at least..my parents were thr wit me...

Haha..looking at my room's new look make me felt bersemangat nak buat renovation..since our hse now tgh renovation jugak..semalam aku dah tukar langsir bilik aku..pasni aku plan nak belii cadar tilam yg baru plak..semangat sket tengok bilik lama bertukar baru...aku ingat nak cat semula bilik nie..tpi tunggu dlu la..biar renovation kat luar tu siap dlu..pastu br senang nak plan..
bila aku susun semula fail2 ngan buku2 nota kat dlm bilik nie..aku terkenang plak masa aku kat kolej dlu..how naive i am..senang sangat kna buli..confidence pun seciput aje..bila aku fell in love wit my bestfrend..i think dat is the worst!! haha..my pointer jatuh merundum..apatah lagi bila dia sendiri mengakui berhubung rapat ngan one of his classmate..tpi mujur ada sokongan dari teman2 yang lain..aku kumpul smula saki baki semangat aku..dan berdiri semula..and i manage to complete my studies..but him,sangkut di tgh jalan..i felt sorry for him..i wish dia pun berjaya..tpi mungkin tulah jalan yg dia pilih..since then we're lost contact until last year..i managed to contact him..just to say hi..and ask how he have been..i realize until i find d answer of my question..my heart would never ever stop thinking of him..bila aku dapat nombor dia..i'm not hesitate to give him a call..tpi memang mengecewakan bila orang yg pernah menjadi sorang yg paling rapat ngan kita tetiba melayan kita seperti orang asing..memang sedih..tpi bila difikir dr sudut lain..mungkin d sebabkan kami dah lama lost contact..mungkin dia tak tau camna nak berdepan ngan aku semula..tpi honestly walaupun bgitu..aku happy sbb at least aku tau dia sihat dan kini sdang bahagia ngan wanita pilihannya..
Dan pada saat itu, aku berjaya melepaskannya dari hatiku..

selepas aku meninggalkan ATIC..3 hari yang lepas adalah pertamakali aku bertemu semula dgn dia..selama nie kami cuma bertukar berita melalui sms. tu pun bule dikira dengan jari..atas sebab tertentu..persahabatan kami kini agak terbatas..haha..
selepas mendapat jawapannya hampir 4 bulan yg lepas..kami sda jarang berhubung..tpi aku lega sebab akhirnya aku menemui jawapan yg aku perlukan selama 4 tahun nie..walaupun dia tidak menyatakannnya secara jelas..tpi dr kiasan itu aku menyimpulkan ada baiknya hubungan kami lebih baik dikekalkan sekadar teman baik saja,..
3 hari yg lepas kami ber-5 bertemu semula untuk berbuka puasa bersama-sama..tak sangka jauh disudut hati aku..masi ada debaran saat bertentang mata dengannya..walaupun debaran itu sda tidak sekuat dlu..
nasib baik aku mampu mengawalnya dan bersikap seperti biasa..hahaha lucu pulak rasanya..masih ada sisa rindu buat dirinya..
aku tak sangka semalam dia akan menghantar sms padaku..and once again aku tidak memahami pemikirannya..aku tidak mampu menekanya..tindakannya amat sukar untuk dimengerti..

Gusi aku yg membengkak tu masi lagi terasa sakit..walaupun dah diletak garam dan asam jawa kampung..bengkaknya blum kebah lagi...membuatkan aku rasa tak selesa..

dah pukul 12.09am..sekarang nie dah masuk Aug 29th..bersamaan hari sabtu..8 Ramadhan..tpi mata aku sedikit pun blum rasa mengantuk lagi...ish..makin berdenyut2 plak bengkak gusi aku nie..btul2 tak selesa..
ingatkan nak tgk balik dvd boys Over flower tu..tpi cam boring plak..sebab dah masuk 3x aku tgk citer tu..huhu..

Tuesday, August 4, 2009

Nobody is perfect....

Posted by sapphire at 9:00 AM 0 comments
Tis song memang menyentuh perasaan..aku blum berkesempatan untuk menonton movie yg dikatakan hit di Indonesia pada tahun nie..Movie ' Ketika CInta Bertasbih'..tpi dengar saja pada tiap bait lirik lagu nie memang menuntun hati..ianya berkisar tentang luahan rasa cinta seorang hamba pada Maha Pencipta..

"Bertuturlah cinta Mengucap satu nama seindah goresan sabdamu dalam kitabku cinta yang bertasbih kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu.. Bisikan doaku dalam butiran tasbih kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta sudah diubun-ubun cinta mengusik resah tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu kembang kempis dadaku merungkai butir cinta garis tangan tergambar tak bisa aku menentang sujud syukur pada-Mu atas segala cinta..."

Melly Goeslaw ft Amee ..Ketika Cinta bertasbih Ost..

hurmm..dah lama aku tak update blog nie..aku baru jer pulih dari demam teruk..tpi batuk masih blum okay lagi..keadaan cuaca yang panas dan berjerebu sekarang nie memang menyukarkan proses penyembuhan..tpi orait jugak la..at least membantu mengurangkan dosa2 kecil..hehe *wink*..

tpi yang paling menyedihkan apabila jatuh sakit ditempat orang..jauh dari family dan yang paling teruk takde sapa pun yang peduli waktu tu..sakit pening takde sapa yang nak tgk2kan..duduk bersendirian dalam bilik dan bertahan sehingga keesokkan harinya..atas sebab nie la aku bertekad untuk memandu balik ke kampung biarpun dalam keadaan demam panas..mujur aku selamat sampai..mak aku hampir menangis bila dapat tahu aku memandu dalam keadaan demam panas..dlm masa yang sama geram sebab aku tak fikir pasal keselamatan diri..pada aku, apa yang penting aku berada di rumah sendiri..biar teruk camna pun aku mesti pulang ke kampung...aku tak terfikir sangat tentang keselamatan aku pada waktu..selagi aku mampu untuk memandu..aku akan teruskan..

selama 4 hari berturut2 aku berehat di rumah..yet not fully recovered till now..kekadang aku akan merasa pening..dan tak bermaya bila mengajar..tpi tetap kuatkan semangat..sebab sakit nie kekadang tak bule dimanjakan sangat..nanti makin menjadi2 plak..

hurrmm..sampai sekarang gaji aku tak masuk2 lagi..dah 2 bulan 3 minggu aku keja kat sini..saving pun dah hampir kering kontang..hopefully tis week ada la rezeki tu..

aku paling tak suka apabila ada orang mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain..aku tak kisah kalu perlukan pertolongan aku..asalkan aku mampu melakukannya..tpi aku paling pantang bila aku ditipu..kata pegi meeting..tup2 pegi buat hal peribadi..tu yang buat aku hot tu..dah la buat aku tinggalkan kelas sendiri semata2 nak jaga anak murid dia..sebab kununnya meeting tu tersangat la penting..tpi tau2..dia pegi tempat lain..meetingnya ntah ke mana..huhu
tu blum masuk bab dia suka twist citer lagi..angkat bakul sendiri..sukakan kemasyuran..ish3x..tak abis2 nak puji diri sendiri..masa meeting suma keja dia nak buat..sampaikan orang lain dah takde keja nak buat..pastu kat belakang bule plak mengadu ngan GB..orang lain tak bule diharap bila buat keja..dia sorang yang kena tanggung suma keja..sampaikan dia takde sempat nak kejar dateline..adakah...wat kind of person is dat?? huhh..

sekarang nie aku tgh layan lagu2 jepun dari single terbaru Shimizu Shota..memang best!! bule layaaaaaaaan..budak nie memang berbakat besar.. masi muda lagi tpi dah jadi komposer lagu..terbit beberapa album n jadi penyanyi terkenal..lagu2 dia pun setakat nie memang suma best2..dia salah sorang penyanyi favourite aku nie..*wink*..

hurrmm..slow plak connection malam nie..nak update browser nie jer amik masa 4 jam++ aduiii...
o ya semalam aku tgk movie jepun 'Tada kimi wo aishiteru' (Just, Loving You)..international tittle plak.." heavenly Forest".. citer nie dibawah ke layar screen based on Ichikawa's novelization on 'Renai Shashin' maksudnya Romance Picture..lakonan mantap dari Tamaki Hiroshi (Chiaki Senpai *nodame cantabile) & Miyazaki Aoi..it is really nice movie but sad ending..watak pompuan tu mati in d end tanpa sempat mendengar pengakuan sebenar makoto..lelaki yg amat dicintainya dlm diam..sebelum nie ada versi drama..lakonan Ryuhei & Ryoko Hirose..which is release on 2003..ramai berpendapat..drama wins over movie..sejauh mana kebenarannya..i dont know..coz i never watch drama version for tis..

Miyazaki Aoi as Shizuru Satonaka
"Tada Kimi Wo Aishiteru.." (Just, Loving You..)

Tamaki Hiroshi aka Makoto
part yg paling menyentuh hati bila..Makoto melawat Shizuru's photo exhibition d New York..(sempena memperingati Shizuru Satonaka yg tlh meninggal dunia akibat rare unknown disease)

"the one and only kiss i have..and the only love i ever known..' quote pada gambar terakhir mereka berdua yg diambil di Heaven Forest..atas permintaan terakhir Shizuru sebelum dia menghilangkan diri..huhu..sedey...sedey..

nwei..Tamaki hiroshi look handsome in tis movie..but i still love him more in Nodame Cantabille..hehe..( wonder y he always paired up with weirdo in every cast??..hurmm) nasib baik watak weirdo tu cantik2..hehe..so match skek jugak laaa..*wink*..

o ya..sebelum nie aku nonton Kmovie - the naked kitchen..lakonan mantap dari Joon Ji Hoon..alaaa hero Princess Hours tu..hehe..

tak sangka tul JJH berani buat aksi 'Panaszz' kat dalam movie nie..dan lagi satu dia nampak menyerlah kat sini berbanding dalam drama PH..kalu nak vote 8 out of 10..sebab ending tak best..hehe for me laaaa..hahaha..aku tak tgk lagi movie dia citer ' Antique Bakery' tu..yg nie adaptasi dari manga tterkenal kat Jepun..kalu tgk anime citer nie memang okay..tpi tak tau la plak movie korea nie..bila aku tgk review bule tahan gak sambutannya..berlambak2 pujian untuk movie AB nie..siap letak 'Hot' lagi..so kesimpulannya best la tu agaknya..ada masa nanti aku try tgk..hehe aja aja fighting..sympaty for JJH..tak sangka dia terlibat ngan dadah..tpi mujur tak masuk kategori drug addict lagi..n paling penting dia dah sedar kesalahan dia dan dia minta maaf ngan suma peminat dia...
apapun..all d best 4 him..wish to him on screen again..

dats my favourite Movie..drama & songs for tis month..

Jmovie - Tada Kimi Wo Aishiteru..

KMovie - The Naked Kitchen

Kdrama - Boys Over Flowers

Jdrama - None (so far...) will find out soon..hehe..

okay la..dah kul 1.16am..tak sedar masa berlalu bila idea dah mencurah2..hehe time to sleep..bsuk pagi nak g sekolah..ada urusan ngan GB..huhu..

Human...

Posted by sapphire at 8:15 AM 0 comments

bila aku tengok citer Boys Over flowers..memang suma orang fokus pada love triangle between Geum Jan Di..Jun Pyo dan Ji Hoo..sebab memang dorang pun nadi utama citer nie..even dlm citer Meteor Garden (Taiwan) Shan Chai..Dao Ming Si & Hua Zhe Lei..Hana yori Dango (Jepun)..Makino Tsukushi..Domyoji Tsukasa & Hanazawa Rui..tpi apa yang membuatkan aku bgitu tertarik ngan citer HYD versi korea nie ialah..adalah watak So Ji Jeong & Chu Ga Eul begitu menarik dan its really captured almost viewers heart..(include myself..4 sure..^^)
berbeza ngan MG & HYD..watak Nishikado & Xi Men & Xiao You tak berapa menyerlah..mungkin inilah salah satu kelebihan BOF berbanding 2 versi yg lain..tpi apapun mereka suma in all version memang best belaka..masing2 ada keistimewaan tersendiri..

watak pasangan SJJ & CGE memang sooooooooo sweet..hehe i love them..wish..rumours yg kini sedang tersebar kini mengatakan percintaan mereka turut berputik diluar set pengambaran BOF adalah benar..sebab dorang memang sepadan..even dalam iklan CF pun dorang nampak loving sangat..ramai yg vote for them..hehe nwei..they're my fav couple!! Best of luck SJJ & CGE..saranghae ^^

Sunday, July 19, 2009

LOVE..

Posted by sapphire at 1:53 AM 1 comments
Love?? Love is cinta..hahaha..terlalu banyak pengertiannya..cinta pada Maha Pencipta..cinta pada teman2..cinta pada keluarga..dan banyak lagi.. sapa yang tak pernah ingin untuk dilamun cinta..tpi takdir cinta setiap orang itu tak semestinya sama..ada yang berakhir dengan kenyataan yang indah..ada pula yang berakhir dengan ilusi semata-mata. Kisah cinta Romeo & Juliet..Puteri Jasmine & Aladdin..Shah Jehan & Taj Mahalnya..& etc..sering dijadikan legenda cinta bagi setiap pasangan..tapi berapa ramai pasangan yang mencontohi cinta Muhammad & Khadijah?? kita hanya la manusia biasa..teda sapa pun yang sempurna..begitu juga la dengan Cinta...mudah untuk diluahkan tetapi amat susah untuk dijelaskan. Malah kekadang amat sukar untuk dilupakan..ia hadir tanpa dipinta...terlalu halus untuk dirasai..malah kekadang setengah orang..hampir2 kehilangannya pada saat dia menyedari akan kehadiran cinta itu dihatinya..it is complex rite?? hurrmm..i'm about to forget it..

sorang kawan pernah menulis..'Let's try to remember that love means keeping in touch with each others..thoughts and feeling. Listening not just to words, but to the emotions behind them. Seeing, not just the smiles and frowns, but the hurts and pleasures that causes them..'

'accept the things to which fate binds you..and love people with whom fate bringd you together, but do so with all your heart...'

aku benar2 kagum ngan frasa yang dia tulis nie..and i believe he's really in love rite now..coz sometimes only the person who felt love can write like this..atau mungkin juga dia mempunyai bakat untuk menjadi sorang pujanggan cinta???hahaha..no wonder people call him Dr.Cinta..haha

1 hour 33 minutes past midnight..cam banyak plak idea sekrang nie..cuma tak tau nak mula kat mana..hurrmm..petang tadi angin kuat, lewat petang aku kuar ke bandar..ingatkan nak ke Tai Fong supermarket tpi nampaknya aku terlambat..the moment aku sampai kat situ..supermarket dah pun tutup. Aku takde pilihan lain..selain Milimewa..kat kudat..d option too limited..walaupun tempat nie besar tpi kebanyyakkannya still old fashion..hanya setgh tempat aje yang membangun..tpi tetap tak bule mengubah persepsi orang ramai mengatakan kudat is a dead town..tarikan pelancong pulak..bule dikira ngan jari..
tpi yang menariknya..tinggal kat sini bule berjimat...purata belanja petrol kereta aku hanya RM20.00 sebulan..just imagine dat!!! haha..dalam masa 6 bulan i probably can b a rich person..hahaha ;p just kidding!!!

tinggal menumpang nie memang banyak dugaannya..aku terasa sedikit bila pakcik tanya aku pasal pintu umah dipecahkan tu..walaupun dia tak blame aku pasal kunci umah tu..tpi serba sedikit aku terasa kecik ati..selama nie dia tak pernah pun beri kebenaran untuk duplicate kunci umah nie..dan selalunya, bila dorang keluar ketika aku keja..pasti kunci akan ditinggalkan di tempat rahsia..tak pernah pulak dia minta aku pegang kunci umah sendiri..sebab tula aku tak pernah bertanya tentang duplicate kunci..tapi tak sangka plak gini jadinya..
hanya kerana sebatang kunci..kami jadi seperti saling menyalahkan..aku hanya menerima tiap patah perkataan yang diluahkan..'ko pun 1..napa dari dlu tak buat kunci sendiri? nasib baik Lie ada kat umah masa tu..kalau takde camna ko nak masuk umah?? nak minta tlg ngan sapa?..ingatkan ko dah amik kunci umah masa nak kuar gi keja..!! napa tak amik?

aku btul tak tau nak jawab apa..sebab memang takde guna nak bagi alasan apapun..takkan dia nak salahkan isteri dia 100% kan..suma orang pun sayang bini oiii..

ingatkan nak stay kat kuar lama sket..aku lum pernah lepak kat esplanade selama aku tinggal kat tempat nie..tapi nampaknya, cuaca tak mengizinkan..angin bertiup makin kencang..so aku decide untuk trus baliik umah aje..tpi aku dah takde mood nak stay kat living room..so aku memerap aje kat dalam bilik..lagipun perut aku tak berapa selesa..aku cuma menggalas perut aku ngan minuman yogurt n chocolat cadburry..esok aje aku makan nasi..tu pun kalu selera aku dah okay..tak sabar rasanya nak balik kg ujung minggu nie...

sepanjang dua hari nie, aku memerap aje kat umah..tak brani nak tinggalkan umah sebab dah tak bule kunci..nasib baik ada laptop dan broadband nie..takde la bushan sangat kat umah..kat astro plak takde citer yang best..lepas tgk citer Nur Kasih & Inikah cinta..i'm not interested with the rest..at last aku dengar radio aje sampai ke malam..lagi best!!

okay lah..dah lewat nie..aku nak tidur dlu..gud nite, sweet dream everybody ^-^

Friday, July 17, 2009

Bushan....

Posted by sapphire at 8:54 AM 0 comments
Nampaknya hujan lebat dah berhenti..tapi masi renyai lagi..aku sorang diri aje kat umah..banyak hal berlaku hari nie..laptop aku plak kekadang buat hal..IE tak nak loading..mentang2 la IE 6..orang suma dah guna IE 8..out dated btul laptop nie..hahaha..tak bersyukur btul aku nie..hurmm

awal pagi lagi aku dah bangun..sebab kul 8.00am ada meeting kat sekolah..ada ker patut aku kena lantik jadi setiusaha 2..pastu jadi guru kurikulum lagi..means..starting next year my 1st job would b do timetable guru2 Sekolah tu..uwaaaaa..lum sempat aku nak bernafas...aku di kejutkan lagi ngan berita lantikan aku sebagai AJK program motivasi yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti..tak abis2!! gila...

perut aku kemain lapar lagi masa tu..perut kosong sejak semalam..gastrik aku dah naik..migrain aku datang tak berjemput..bila GB dah bagi green light suru makan..ada pulak orang lain marah..ikutkan hati mau saja aku kuar dari bilik mesyuarat tu..dia nak halang orang makan semata2 nak kitorang dengar agenda dia..sedangkan agenda tu khas untuk guru2 tahap 1 saja..aku pulak guru tahap 2..dia tak tau ker aku dah kebulur tahap dewa masa tu?? aku dah tak larat nak dengar apa2 agenda lagi...asyik nak orang dengar cakap dia aje...tak faham tul ngan masalah orang lain..pastu siap nak arah2kan orang lagi..suka ati dia jer..nasib baik aku masi ada kesabaran..walaupun tgh kelaparan!! duuuuuuiiii...

balik umah jer..level migrain aku tak bule di tahan2 lagi..nak tidur tak bule..so aku surf internet..hehehe..sampai kat sekolah..mujur Ust.Mahit dah balik bertugas hari nie..aku btul2 tak larat nak jg dua2 kelas tahun 4 tu hari nie..nakal..masyaallah..mati akal aku!!! tak makan saman btul..dah di denda pun masi lagi buat hal..di ugut pun dah..suma tak jalan langsung!! berdenyutnya kepala aku..tuhan saja yang tahu..aku dah tak larat nak berteriak lagi..huhu

sebelum balik umah..aku sempat singgah kat milimewa beli sedikit barang keperluan harian aku..lagipun tis weekend aku tinggal sorang aje kat umah..jdi aku lebih suka makanan yg agak lite sedikit..tak payah nak masak byk..lagipun selera makan tu tak besar mana pun..

tapi tak sangka bila aku balik umah...pck lupa tinggalkan kunci umah untukku..uwaaaaaaaa!!! bila mck bagi kebenaran untuk pecahkan aje pintu umah tu..aku trus dapatkan pertolongan dari jiran di tingkt 3..besfren pck aku jugak!!! setelah lebih kurang hampir 2 jam mencuba..akhir pintu berjaya dibuka..syukur alhamdulillah...kalau dia takde, aku tak tau nak minta tlg ngan sapa..family dia aje yang aku kenal kat neighbourhood nie..dah la masa tu hujan lebat sangat..sakit kepala pun..aduiiii...

punya laaaaa...

malam semalam aku tak dapat tengok citer Inikah Cinta..orang umah nie tgk citer kelliwon pastu tgk gusti..so frustrated!! walaupun Denise dah mati..tpi aku tetap nak tgk kesudahan citer nie..walaupun memang dah tak best watak denise dah takde..!!! huhu..kesian Moza..
hurrmm...malam nie konfem la aku dapat tgk..sebab aku sorang aje yang tgk tv..hehehehe..dah masuk episode 30..lagi 2 episode..abis dah!! Moza bertemu ngan cowok baru..namanya?? hahaha..aku lupa..tak amik perhatian pun..sebab sibuk berTnet kat depan tv..adedeh..
apapun..denise still the best!!

dah pukul 12.31am..takde satu pun citer yg best..so aku tuning channel to 303 KBSW..sekarang nie ada rancangan MusicBank..suma lagu2 korea yang aku dah ada kat dalam media library..tpi best jugak laa..hehe

heran plak..mata aku langsung tak mengantuk..cam tau2 aje esok hari sabtu..takpe bangun lambat sebab orang umah takde!!! hehe..opss!!! nak tgk cartoons plak esok pagi..pastu kat astro aruna ada movie yg best!! 'double love'...haha..nie jelah peluang aku kalu nak tgk tv..kalu tak 12 jam..click ngan laptop ajelah keja aku..abis dah takde can nak tgk tv!!!!

uwaaaaaaa...bila la gaji aku mo masuk nie..??????? telapak tangan aku nie asyik gatal aje..tpi bila aku check acc..masi gak jumlah yang sama..takde perubahan pun...huhu..sabar...sabar....

Next week giliran aku plak balik kampung..aku br aje plan nak balik 1st august..skaligus celebrate Friendship day ngan kengkawan kat KK..tpi malangnya aku terlibat plak ngan pendaftaran pelajar baru...jadi nampaknya next week aku kna balik kampung..trus gi bayar keta....lepas nie aku save budget la..til August!! hopefully bulan 8 nanti gaji dah masuk..sebab masa tu dah genap 3 bulan aku keja..amiin...

Thursday, July 16, 2009

gw kangen...

Posted by sapphire at 11:20 PM 0 comments

nie la citer yang aku suka tgk setiap hari...sinetron adaptasi dari citer Meteor Garden (Taiwan) & Hana Yori Dango ( Jepun)..hehe almost 90% jalan citer lebih kurang aje..anak jutawan terkenal jatuh cinta pada gadis biasa..tentangan & dugaan..adat la tu...tpi yang membezakan sinetron nie ngan kedua2 versi taiwan & jepun..Hero mati!! (tu yang aku baca kat youtube) adoooiii..mati kena langgar keta kunun..hasad dengki punya pasal..so sad!! and aku tertanya2 (memandangkan aku belum tgk final episode lagi..hehe) sempat ker dorang bahagia??? so kesian Moza & Denis..percintaan dorang berdua mendapat tentangan hebat..hurrmm..but dorang kata citer nie happy ending..sbb in d end Moza dpt merelakan pemergian Denis (1st love tuuu..) dan mulakan hidup baru bersama ??????? i dunno his name yet..!!! ^^.. but he's good looking..ganteng!! :p hehehe..

hehehe..ada bakat ker aku jadi pengulas citer??? hahaha..takde keja lain daaa..terlampau free..kalau dulu mungkin sekarang nie aku dah menguap2 kat depan PC sambil buat keja..dan tak lupa jugak secawan hot Nescafe 3+1 kat sebelah..hehe..takyah kuar lunch asalkan ada Nescafe & bread yang dibeli dari Mr.bake..dah cukup!! no wonder badan aku cam di pam2 aje..tapi tu suma citer dlu..sekarang nie dah kembali normal..less 1 and a half kg..hehehehe

diet??? takde laa..cuma selera makan berkurangan jer..lagipun kat cnie susah kalu nak cari bun sedap cam kat gaya street..huhu..but okay la..at least, bisa membantu aku mengurangkan berat badan ku yang hehehehe..bukan gemuk arr..comel aje..tinggi 1.51 pastu berat 59kg..orait la tu..

opss!! dah dekat kul 1.00pm..got to go..sebab nak ready gi keja..chaooo..

another tough day

Posted by sapphire at 12:09 AM 2 comments
owh..perkenalkan..ini la minuman kegemaran aku selama nie..selain hot chocolate..and mango juice & oso avocado ice-blended..hehe
i always start my day with secawan hot Nescafe..or cold for hot day!! hehe..life without it felt so empty..addicted oready..cuma pernah bertahan selama a month tak minum nescafe..tu pun atas nasihat doktor sebab my kidney disyaki ada batu karang..aduii..okay sket aje aku trus minum lagi..without hesitate!! hahah..cari nahas betul!! fiuuhh..

seperti dua hari yang lepas..hari nie merupakan hari yg sangat tough buat aku..aku terpaksa handle 2 kelas pada masa yang sama..nak gabung tak dapat sebab terlalu ramai..kelas pulak bukannya besar sangat pun..so GB decided let them stay in their own class..tpi aku kena berulang alik between dua kelas nie..i'm so tired!! luckily bebudak tahun 6A tak buat hal sangat..senang aje nak handle..but i have a problem wit bebudak tahun 6B..terutamanya budak yang bernama Ikhwan nie..kes ngan budak Shahrizwan tu tak setel lagi..dah muncul pulak 1 satu..sakit kepala!! adusss...

aku hampir mengalirkan airmata sebab menahan marah!! tapi demi maruah sorang guru..aku bertahan!! dan akhirnya aku menang..esok, aku akan mengadakan perhitungan dengannya..he still owe me..dia kena minta maaf!! by hook or by crook..tula, never assume and jump to conclusion..aku bukannya sorang yang kejam ataupun tak bertimbang rasa..ketegasan aku adalah demi kebaikkan dorang jugak..tak lama lagi dorang dah nak menduduki peperiksaan SRU.. kelalaian dorang cuma akan menyusahkan dorang di masa depan..

remaja..remaja...!! aku pun pernah melalui zaman remaja..sikap memberontak adalah perkara biasa pada usia sebegini..tapi kena ada batasnya..dan kena pada tempatnya..

omigosh..i'm so tired today..bila balik umah air pulak takde..pakcik kata orang tingkat 1 tak bertimbang rasa btul..suis pam air dekat aje, tu pun tak bule nak tekan..biarkan aje tangki tu kosong..orang tingkat atas jugak yg kena turun ke bawah dan ON d suis..punya laa!! so selfish!!i dunno how they can live in neighbourhood area ngan perangai camtu..suka sangat kena kutuk..mujur gak keta aku tak parking kat bawah tingkat dorang..huhu..

ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tghari..tpi kejap aje..ingatkan hujan akan berterusan tapi tup2 berhenti..aku baru aje harap2 biar la hujan lebat..bersih gak keta aku..bukan malas nak cuci tapi kat flat nie tak boleh cuci keta..kna hantar gi car wash..aduii! lagipun aku blum pecaya sangat nak tinggalkan keta aku kat car wash d kudat nie..insiden pecah keta aku dlu tu masi jelas lagi d ingatan aku..perasaan fobia tu masi ada lagi..

sekarang nie aku tgh dengar mix.fm secara online..bersyukur sangat ada broadband nie..banyak membantu aku bila aku tak bule tgk TV..errmmm..hujung minggu nie nampaknya aku bakal keseorangan sebab pakcik & family dia nak balik kg..takpe..at least i got privacy sket..hehe
with tis broadband...my life more easy..thanx dad coz help me..^^

lebih kurang kul 10pm tadi..air dah ada..alhamdulillah!! masyaallah mengantuknya mata..tpi keja aku masi banyak lagi..nyesal plak aku bgtau aku dah ada laptop sendiri..cepat plak orang tu amik kesempatan minta aku tlg dia buat itu ini..gosh!! alasannya dia sibuk sediakan minit mesyuarat..stau aku nak siapkan minit mesyuarat bukan la susa sangat..sehari 2 dah bule siap..yg penting ada buat catatan masa mesyuarat lepas..kalu takde buat memang la susa cik kak oii..aku tau sebab dulu aku selalu tgk mrs.kang buat minutes meeting..so kalau nak buat2 citer pun cari la yang aku tak tau..hish..

aku dah tak larat nak bertahan lagi..mata aku dah berat sangat nie..aku rasa nak tidur jap pastu nanti bangun balik..sambung buat keja..nie suma gara2 meeting ditukar ke hari jumaat..

nite everybody..^^

Tuesday, July 14, 2009

New again...

Posted by sapphire at 10:53 AM 2 comments
Dah dekat pukul 10:46PM..baru la aku puashati sket ngan keja aku..bayangkan sejak kul 8.00PM tadi aku buat suma nie..kejap create..pastu edit..tak puashati DELETE la jawabnya..hahaha

Aku nak mulakan hidup baru sebenarnya..pasal tu aku delete blog yang lama..tapi takde la aku bermaksud nak buang suma kenangan aku yang dulu tu..kawan tetap kawan..FRIENDS ARE 4EVER..rite??
ish.lenguh plak pinggang aku asyik duduk aje dari tadi..al-maklum la kat dalam bilik nie takde meja tulis..gaji tak dapat lagi..jadi takde sen nak beli meja tulis ngan kerusi..meja ala jepun tu adalah..tpi mula2 tu okay la..lama2 jadi lenguh rasanya..nak bersandar kat dinding plak..hampeh!! berhabuk!!

untuk pengetahuan korang, aku tinggal kat Flat Persekutuan..tingkat 4..pemandangan memang best..ngan laut yang terbentang luas..pastu kompleks sukan..kat belakang bangunan nie Marina GOlf & Resort..hehe kekdang skodeng orang tgk main Golf..tapi kebanyyakkannya perut dah buncit..kepala plak separuh botak..wakakaka..aduii jahat mulut aku nie...

Lapar plak rasanya..nak cari makanan jap..nanti aku sambung balik story aku nie..bye

Me..Mine & Myself...

Posted by sapphire at 12:13 AM 0 comments
Dah tengah malam..tapi idea aku untuk terus menulis blog nie makin mencurah2 pulak..padahal aku dah plan nak tidur lebih awal malam nie..

selama 4 hari berturut2 Ustaz Mahit takde sebab kena pergi berkursus di KK..jadi aku kena handle 2 kelas dalam masa yang sama sehingga hari jumaat nie..aku tak banyak masalah nak gabungkan kedua2 kelas tahun 5 & 6..tapi tahun 4 benar2 menguji tahap kesabaran aku..pelajar2 tahun 4 terlalu nakal & degil..petang tadi kemarahan aku hampir2 meletus gara2 sorang pelajar yang asyik bermain dan memperlekehkan ajaran aku..mujur aku dapat mengawalnya..kalu tak silap haribulan dah kuar BULETIN UTAMA 'GURU DERA PELAJAR'hahahahaha..dussssh

Sejak 2 minggu lepas dia lebih suka mengambil langkah berdiam diri..membuat aku banyak berfikir..dah akhirnya petang tadi aku membuat keputusan untuk melupakannya dan anggap suma itu tidak pernah berlaku..dia tetap kawan aku buat selamanya..JATUH CINTA tak semestinya bersatu..serasi tak semestinya bercinta..persahabatan kami lebih bernilai daripada itu..CINTA pasti akan datang lagi...tapi sahabat takde galang gantinya..

Citer 'inikah cinta' banyak kali menyentuh perasaan aku..pengorbanan Denis memang mengharukan..dia terlalu cintakan Moza..dan kerana itu dia lebih rela lepaskan Moza daripada terus disakiti oleh ibunya.Baginya kebahagiaan lebih penting daripada keagungan cintanya..walaupun dia terasa pedih..tapi senyuman tulus Moza yang sedang gembira begitu membahagiakannya...

Aku tak pernah terfikir berkorban ke tahap itu..coz honestly he doesnt deserve it..he just playing a game wit my heart..samada dia sedar tentang itu atau tak..terlalu sukar untuk aku maafkannya..tapi jauh disudut hati aku..dia tetap kawan baik aku..dan aku tidak sanggup menyingkirkan dia terus kuar dari hidup aku..akhirnya aku membuat keputusan untuk memilih persahatan kami..dan aku sentiasa berdoa agar dia cepat kembali ke jalan yang benar..jangan pernah sia-siakan peluang yang telah diberikan Allah..kerana aku sayangkan dia..dia, sahabatku..!!

Dugaan...

Posted by sapphire at 12:09 AM 1 comments